Search
Close this search box.
topography, survey, total station-813844.jpg

Baru tahu FSPU dah tukar jadi CBE

Sebagai alumni FSPU, aku dah lama tak update atau follow up dengan dunia pembelajaran yang berlaku selepas grad hari tu. Memang masuk je alam kerjaya, terus sibuk dan fokus dengan kerja je semedang. Mana nak keep perform, mana nak fikir masa depan etc. Lagi-lagi masa zaman Covid tu memang banyak group Whatapps yang aku dah keluar. Itu tak termasuk jurus menghilang dan out of radar tu…

Malam ni aku rajin sikit buat research sebab ada seorang junior minta tips tentang bagaimana untuk perform dan skor dalam pembelajaran bagi pengajian Sains Geomatik. Alang-alang ada orang tanya, aku pun curious pasal silibus terkini. Nasib jugak junior kita ni pemurah orangnya dan sudi berkongsi silibus AP120 bagi intake Oktober 2023.

Sedang aku belek study plan yang baru ni, aku buat perbandingan dengan study plan zaman aku tahun pertama bergelar pelajar Sains Geomatik (intake sesi Jun 2013). Pergh,….memang banyak berbeza dowh. Sampai aku sendiri pun dah agak blur dengan nama subjek baru. Paling terkejut sekali aku baru tahu yang sekarang ni nama Fakulti pun dah rebranding. Bukan lagi FSPU (Fakulti Senibina Pengajian dan Ukur) tapi dah jadi CBE (College of Built Environment) atau dalam bahasa Melayunya dinamakan sebagai KAB (Kolej Pengajian Alam Bina).

Rebranding nama ni secara rasmi dah bertukar semenjak Oktober 2022 lagi [sumber]. Dah setahun jugak nama baru ni dipakai dan Oktober 2023 aku baru tahu perihal ini. Pergh…giler ketinggalan zaman sia aku….Korang bolehlah check website KAB ni dekat sini —> [https://kab.uitm.edu.my/index.php]

Canggih dah webiste UiTM sekarang. Cayalah…paling bangga sekali tengok barisan pensyarah yang pernah ajar aku dulu. Haih, rindu pulak rasa nak berguru dengan mereka.

Dikhabarkan juga hasil penukaran nama ini juga menghasilkan sebanyak lima (5) buah nama sekolah iaitu:-

  1. School of Architecture & Interior Architecture
  2. School of Town Planning and Landscape Architecture
  3. School of Construction and Quantity Surveying
  4. School of Real Estate and Building Surveying
  5. School of Geomatics Science & Natural Resources

So, nama yang aku bold tu adalah nama kursus yang aku belajar ritu. Walaupun keduanya dalam satu Kolej, tapi ia dibezakan dengan pecahan sekolah. Kalau dulu FSPU terus direct kepada pecahan nama pengajian sekarang dia dipecahkan dahulu kepada nama sekolah, barulah ke nama pengajian. Jadi 3-tier gitu. Yang list kat bawah ni semua pengajian dibawah FSPU dulu (ini aku copy paste je dari website dia ^_^!)

  1. Architecture
  2. Construction
  3. Surveying Science & Geomatics
  4. Town & Regional Planning
  5. Quantity Surveying
  6. Estate Management
  7. Interior Architecture
  8. Landscape Architecture
  9. Building Surveying
  10. Park & Amenity Management
  11. Postgraduate Studies

Jauh sangat ke beza silibus selepas rebranding ni dibuat?

Itu aku sendiri tak pasti sebab macam yang aku kata, aku dah takde intel untuk jadi sumber pada perkara ni. Sekadar seorang alumni yang buat bacaan rawak berkenaan pengajian yang pernah dia belajar zaman ritu.

Kalau korang nak tanya tips belajar ke apa, kadang aku ni pun bukanlah perform dekan dari sem satu sampai habis pun. huhuhuhu tidaklah rasa punya kelayakan untuk bagi tips. Tips belajar ni sama je kat mana-mana kau belajar pun. Tak kira peringkat tadika hinggalah peringkat kedoktoran.

Entri ni aku just nak habaq dekat hangpa yang mana tak tahu lagi pasal rebranding FSPU ni ja. La junior tak panggil dah FSPU. Depa dok gelar CBE ja weh.

Hang budak mana?

Aku budak CBE

Sekolah apa?

School of Geomatics Science and Natural Resources.

Hangpa kena ingat tu pasai nanti kena tulis kerap dekat report dengan esaimen.

Tips belajaq aku share esok na. La ngantok dahlah. Apa tips yang aku share tu hangpa ikutlah mana yang elok. Yang dak tu, buat jadi sempadan ja. Okay?

See ya when I see ya!

Till then!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top