Jawapan dia mestilah agak mustahil. Mana ada kejayaan yang datang bergolek tanpa sebarang disiplin dan momentum. Semua kita kena usaha hari-hari. Bukan sekadar waktu ada mood saja.
Haa…itulah tu. Aku tengah cakap dekat diri sendirilah ni.
Tengah tengok balik kalendar, ramai kata bulan Oktober mengundang pelbagai tragedi. Sukar jugak nak dinafikan tu, Jawapan sebagai hamba ini, reda dengan segala usaha dan ketentuan yang diberi.
Usaha lebih, punya hasilnya. Tiada usaha, bayang apa pun tidak nampak. Namun, usahlah dikeluh kesah segala jika telah diusaha masih juga tiada bayang.
Sabarlah jawapannya.
Macam mana ya kita nak kekal disiplin hari-hari?
Hurmm…
bermacam buku motivasi, thread, tweet, mahupun video yang bercerita perihal ini. Namun kejayaan disiplin ini hanya akan berlaku bila kita yang mulakan perubahan tabiat dalam jadual kehidupan kita.
Ya, hidup punya jadual. Rasanya kali terakhir aku punya jadual hidup secara bertulis adalah zaman belajar dahulu. Kemudian bila masuk alam kerjaya dan dewasa ini, segalanya seakan auto-mode. Seperti sudah di setting.
Kadang, memang tergelincir juga bila mood tidak hadir. Aiguuuu….
Takpelah, kau jangan terlalu memaksa okay? Buat semampu yang boleh. Slowly but surely kata orang.
Bila buat macam tu, nampak sangat kita ni terlalu manjakan diri….huhuhuhu
Mungkin sebab kita ni dah terlalu lama dalam mode survival buat kita lebih pilih untuk bersantai dan hadap apa adanya. Nak dikejar itu ini pun kadang, tiadakan juga ke mana. Situ jugak…jadi tenang saja langkahnya. Ada, ada…tiada, tiada…begitulah…
Tapi kan…kalau kau teruskan je disiplin kau dalam meraih impian tu rasanya takde salahnya bukan?
Memanglah takde apa yang salah. Aku pun tak tahulah apa benda buat aku kecundang. Mungkin aku rasa end to end, hidup tetap begini hahahaha….
Pesimis giler kau nih…
Yelah, yelah aku cuba ubah lah otak aku ni. Ingat tak penat ke hidup dalam diri yang begini…penat jugak. Tapi aku belajar untuk tidak benci diri. Aku terima diri apa adanya. Usaha untuk pujuk diri dengan mengatakan, sekarang kau dah selamat. Kau dah okay. Tak perlu rushing kejar timeline orang. Kau sendiri punya timeline hidup yang lebih cantik. Tenang ya…
Bahu diangkat sambil melepaskan nafas yang berat.
Begitulah kehidupan kau ya. Setelah hampir belasan tahun kau cuba untuk lupa segalanya, tapi tetap jua punya tanda dan parut yang dalam.
Jadi penguat hidup ini wujud pada disiplin hati kau. Kau yang tentukan segalanya.
Kau juga yang merancang semuanya. Semua itu atas bahu kau sejak dulu lagi bukan. Jadi ketatkan lagi disiplin hidup agar kita dapat kecapi sesuatu yang kita damba.
Don’t ever give up, okay!
Perkara apa yang kau paling nak jaga dalam soal disiplin diri ni?
- Solat awal waktu
- Bangun tahajud
Cukup dua perkara ni aku nak jaga dulu. Semoga niat kita untuk menjadi muslim yang berdisplin dipermudahkan dunia akhirat. Amiiinnn
Apa pun yang melanda, masa itu Allah punya. Aku ini milik Allah. Noktah.
Bersujudlah dengan khusyuk. Semoga husnul khatimah buat kita semua. Aminnn.