laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Hidup.

Orang selalu kata, hidup ini adalah pilihan. Pilihannya yang terlalu banyak sehingga kita, spesifiknya aku menjadi “buta”. Buta dalam membuat pilihan. Bila pilihan terlalu terhad, dikatakan tiada kepelbagaian dan tidak kreatif. 

Dua perkara ini sebenarnya buat hidup aku menjadi tergantung. Masih diambang keliru mahu memilih hidup untuk menjadi apa. Cukupkah hidup aku sekadar hidup?

Hidup = Bernafas

Tidaklah dinamakan hidupnya kita jika tidak bernafas.

Aku tahu, semua orang sudah penat bahkan persoalan tentang hidup ini tidakkan pernah berhenti dalam diri setiap manusia.

Hidup.

Untuk apa kita hidup? Apa matlamat hidup yang sebenar?

Buku tentang “HIDUP” saja sudah berapa banyak di kedai. Movie? Drama? Usahlah dikira. Bilanglah jika kau mahu bilang. Aku sendiri saja sudah beratus helaian dicoretkan penerangan tentang hidup pada diri aku yang satu lagi. Peliknya, masih jua aku tidak faham. Sepertinya tidak akan pernah berhenti.

Jawapan itu logiknya aku sendiri tahu. Manusia hidup untuk beribadah kepada-Nya. Bahkan jawapan ini di-bold-kan dalam semua buku.

Tapi, adakah aku cerna dan serapkan ia dalam rutin harian aku?

Ada turun naiknya. Sukar untuk kekalkan cartanya.

Ada pasang surutnya.

Iman manusia adalah satu “bubble” yang paling sukar untuk di’centre’kan.

Persoalan tentang hidup bunyinya bingit seperti ada nyamuk dalam kepala. Diketuk tidak mahu keluar.

Awalun belajar kenal erti dunia, setiap orang pastikan bertanya:

“Kenapa Tuhan pilih aku untuk hidup? Hidup sebagai seorang manusia?”

Maka, akan diterimalah jawapan:

Tuhan cipta seseorang manusia itu bukan saja-saja. Dia punya sebab. Ada hikmahNya yang kita sendiri *tidakkan pernah faham.”

Manusia. Adalah sebaik-baik ciptaan Tuhan. Kau harus bangga dan bersyukur Tuhan tidak jadikan kau binatang dan jamadat.

*tidakkan pernah faham – suatu istilah yang bakal menimbulkan lagi pelbagai persoalan.

Kalau Tuhan membenarkan manusia mempersoalkan dengan apa yang Dia lakukan, kenapa kita manusia takut untuk dipersoalkan diatas apa yang kita buat? Walhal, yang menilai kita pada akhirnya adalah Dia, Allah yang Maha Mengetahui. (Maha Suci Allah dari segala kekurangan dan kelemahan.)

Buktinya, kita takut untuk mengamalkan cara hidup yang Dia mahu kerana takut dikata orang. Takut riak, ujub dan takbur. Maka, kita pun tidak melakukan apa-apa yang ‘diri kita’ perlukan seperti kehendak-Nya. Biarpun kita sendiri tahu yang hidup ini adalah sebuah pinjaman.

Kita bertanya, “kenapa Tuhan buat begitu begini…“, tapi kita tidak pernah menjawab persoalan: “kenapa aku tidak buat apa yang Dia suka“.

Hidup, pilihan yang infiniti.

Dalam hidup jua semua orang dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Yang besar, yang kecil, yang sukar, yang mudah.

Kenapa kita memilih?

Untuk pastikan kita dapatkan yang terbaik.

Pernahkah apa yang dipilih itu adalah pilihan yang terbaik? 

Dari sini, kita belajar lagi suatu perkara = “Belajar untuk menerima” bila suatu yang kita pilih itu diluar jangkaan kita.

Expectation. 

Ramai mengalami tekanan dan juga kemurungan hanya kerana apa yang mereka ingin dan mahukan itu tidak setanding apa yang mereka bayangkan.

Kecewa.

Bila kecewa, timbullah persoalan: “Mengapa hidup aku sebegini?” Tanpa sedar kita persoal kerja Tuhan yang awalnya kita yang pilih.

Dan ia berputar lagi hingga ke infiniti. Seperti gasing dalam Inception. Terperangkap dalam dimensi mimpi kerana realiti hidup itu bukan seperti yang kita impi.

###

Minta dijauhkan persoalan ini dari bisikan syaitan. 

Subscribe
Notify of
guest
7 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Seorang Syed
March 18, 2017 11:14

Expectation.

Jangan terlampau meletakkan expectation yang terlalu tinggi kepada seseorang atau sesuatu keadaan itu.
Sebab bila benda yang kita expect turned out to be different, kecewa dia memang hancur berkecai rasanya.

Hanis Amanina
March 18, 2017 11:14

Love this Sofie! Buat kita ingatkan balik pasal tujuan hidup, rasanya Sofie tahu kan dalam Quran sendiri Allah dah beritahu Allah jadikan manusia sebagai 'abid & khalifah. Like you said, walaupun kita tahu kita wujud sebagai hamba Allah, we find it to hard to live within His beautiful way.

"Buktinya, kita takut untuk mengamalkan cara hidup yang Dia mahu kerana takut dikata orang"

This is so true, entah apa yang kita nak takutkan pun entahlah. Atau mungkin sebenarnya hati kita yg menidakkan untuk ikut cara hidup tu. Manusia selalu impikan 'hidup' indah dan memang itu yang kita boleh dapat kat dunia ni kan. T_T

hanisamanina.com

Anum Abdullah
March 18, 2017 11:14

singgah malam

Eyqa Zq
March 18, 2017 11:14

To Allah we all belong. ^^ May Allah ease your path sofie.

Mrs Pip
March 18, 2017 11:14

Manusia kadangkala menyoalkan persoalan yang jawapannya sudah sedia ada…
Semoga kita sentiasa menginsafi diri.
Have a nice day semua.

BLOG EYJA
March 18, 2017 11:14

Kadangkala
Rasa kelakar jadi manusia
Lupa pada-Nya bila bahagia
Bila susah mula cari Dia merata

Walhal Dia ada je
Takde pun ke mana
Kejap timbul kejap tenggelam tu kita
Bukannya Dia

Kerana Dia, Allah yang Maha Esa.

Ana Suhana
March 15, 2017 15:43

bila terasa sempitmya hidup, carilah Dia. InsyaAllah akan ada kelapangan di situ.

Scroll to Top