Cuckoo King Top aku dah tamat bayaran pada penghujung tahun lalu. Jadi sekarang aku sudah sah menjadi pemilik Cuckoo setelah melanggan pembayaran selama 5 tahun.
Yup, 5 tahun gais aku bayar Cuckoo water filter ni. Barang pertama yang aku langgan pada awal pindah masuk rumah.
Memiliki jaminan air minuman yang bersih adalah keutamaan setiap orang termasuklah aku. Sejak pada penamantan tempoh bayaran yang lepas, kerap jugak Cuckoo bagi notifikasi mengatakan aku perlu membuat pembaharuan bagi khidmat servis yang ditawarkan dimana penukaran filter dilakukan sebanyak 4 kali setahun dengan jumlah servis berharga RM450.00.
Bagi mengurangkan komitmen bulanan, maka aku pun menolak tawaran servis Cuckoo. Apa lagi gais, kita pun belajarlah menukar filter Cuckoo sendiri.
Berlambak jugak tutorial menukar filter yang korang boleh buat rujukan. Kemudahan semua sudah dihujung jari ni, marilah kita belajar sendiri mana yang boleh kita belajar.
Bak kata para netizen, di zaman serba serbi keras dan MahalDahNi, mana yang boleh berjimat, kita jimatkan. Jangan terlalu diikut sangat keinginan hati dan perasaan.
Banyak-banyak video tutorial, aku rasa video ni yang paling mudah dan senang diikut.
Korang boleh adjust setting playspeed video ni bagi mudah nak ikut.
Dari segi pemahaman aku pulak, korang boleh ikut step by step ni (p/s: ini bagi jenis King Top Cuckoo sahaja ya).
Langkah menukar filter Cuckoo Sendiri:-
- Matikan suis elektrik serta punca air Cuckoo.
- Buka penutup di bahagian atas.
- Buka penyambungan filter lama dan keluarkan daripada mesin penapis
- Buka penyambungan paip bagi setiap filter dengan menggunakan alat (masa tukar hari tu aku guna sudu je)
- Sediakan filter baru
- Buat sambungan paip pada filter pertama dan flush sambungan terlebih dahulu
- Ulang langkah diatas pada setiap filter. Tempoh flush diperlukan sekitar 3-5 minit
- Keringkan air didalam tangki bagi pembersihan tangki air.
- Pembersihan tangki mestilah digunakan dengan kain yang bersih dan jenis tidak berhabuk supaya habuk tak tertinggal
- Bersihkan tangki anda dengan penjagaan yang rapi sementera proses flushing dilakukan.
- Setelah siap pembersihan dan flushing semua filter, anda boleh mengemaskan pemasangan filter anda seperti sediakala.
- Buka suis dan punca air.
- Siap! Air boleh diminum setelah satu jam dari penukaran filter.
Tips lain:
Pastikan mesin anda sentiasa kering dan elak daripada sebarang kebocoran dengan menyediakan kain dan tisu semasa proses penukaran filter.
Kat mana nak dapatkan filter Cuckoo ni?
Korang boleh dapatkan filter Cuckoo tu disini —> Filter air Cuckoo
Apa yang korang akan dapat dengan pembelian filter adalah:
- Empat (4) cartridge filter:
- Connector
- Paip untuk flushing
///
Masa awal aku tukar hari tu makan masa sikitlah sebab newbie sangat kan. Alhamdulillah hasil tips dan tunjuk ajar carian Google, aku berjaya tukar filter Cuckoo sendiri. Fuh!
Banyak boleh jimat dengan penambahan skill tukar filter sendiri ni. Huhuhuhu….
Itulah, kalau mampu beli dan boleh tukar filter air sendiri ni, ada baiknya buat sendiri. Mudah je kawan-kawan.
Itulah aktiviti aku pada hujung minggu lepas. Nanti next 3 months kita akan ulang langkah ni lagi. Harap perkongsian ni dapat membantu korang. Mana yang serba serbi kurang tu, harap dimaafkan.
Moh le kita fikirkan tips lain juga untuk lebih berhemah dalam berbelanja.