Well hello there!
Hari ni aku just nak kongsilah dengan diri aku sendiri yang sedang mencari semangat untuk lebih produktif selepas waktu bekerja. Aku ni, bila sampai je rumah selepas menghadap jammed yang hampir sejam, confirm balik terus tidur punya. Aku yakin sangat benda ni sebab dah dua bulan lebih jugak aku buat rutin macam tu.
Pastu, satu hari aku rasa tepu. Mood swing, rasa down, rasa useless dan pelbagai rasa yang buat aku jauh daripada rasa bersyukur. Aku muhasabah balik rutin hidup aku. Dan korang akan lihat kenapa aku boleh hidap segala rasa-rasa yang tak membina. Alasan? Aku terlalu hadap hidup tanpa membina sebarang memori. Sebab tu aku lost.
Bangun pagi – solat siap pergi kerja – hadap jammed – sarapan – masuk kerja – rehat – sambung kerja – balik kerja hadap jammed – penat – santai tenangkan badan – solat – tidur.
Dan perkara ni berulang seperti biasa. Malam kadang aku scroll tanpa tujuan. Kadang aku survey market, kadang update blog, kadang baca buku, kadang layan movie. Bila penat sangat aku dah tak kisah dengan makan malam. Biasanya aku skip. Penatlah katakan.
Sampai satu tahap, aku bosan baca segala perkara yang acah-acah produktif. Suka hati akulah nak produktif ke pesimis ke apa kan. Yang penting cukup rehat, hidup tenang. Cumanya tak best sebab kau takde penambahan ilmu tambahan selain daripada rutin yang dijalani. Ada je baca semua, tapi tak mencabar mana untuk minda.
Makanya, perkara apa untuk jadikan waktu lapang selepas bekerja itu lebih bermanfaat?
Azan dah berkumandang tu, mehla kita Isya dulu.
Perkara 1 – Rehat
Yup! Kau dah penat hadap kerja seharian. Dah all out semua otak minda untuk hadap kerja, ada baiknya bagi otak kita ni sedikit ruang untuk tarik nafas dan reset dengan berehat. Bukan semua perlu dikejarkan dengan pantas. Tenang-tenang ambil nafas sehingga kita kembali menjadi kita yang waras. Bukan sekadar mood untuk survive.
Hidup ni lebih dari sekadar hidup. Lebih dari segalanya. Seteruk mana pun kita rasa diri kita ni, semalang mana pun kita diuji kita tetap kena utamakan rehat. Masa untuk sendiri. Supaya emosi dan peristiwa yang bertalu menimpa kita tak membuatkan kita kufur. Ada hikmah kita diuji. Ada asbab ujian itu tanpa henti.
Maka, berehatlah. Dengan solat, dengarkan alunan quran. Plus sekarang banyak dah channel dekat youtube buat Quran Lo-Fi. Ini tips kembali pada fitrah. Kadang aku pun rebel. Teruk rebel sekalipun aku sedar, aku ini hanya si hamba. Sebab tu jangan terlalu menghukum diri.
Kita dah buat yang sebaik mungkin. Ada perkara diluar dari kawalan kita, kita lepaskanlah. Jadi, berehatlah…masa untuk refleksi diri..menjadi manusia yang waras…
Perkara 2 – Belajar
Belajar ni bukan saja kena hadap buku. Banyak cara kita boleh belajar. Kalau terdetik untuk sesuatu perkara kita terus Goolge itu juga namanya belajar. Kita baca review untuk sesuatu perkara, tentang isu berkaitan kerjaya, kehidupan dan apa jua yang menambahkan pengetahuan itu semua dikira belajar.
Jangan hadkan definisi belajar hanya dengan menghadap buku semata. Nak-nak pulak sekarang dunia teknologi menguasai, gunalah dengan sebaiknya. Hatta dengan layan Netflix pun boleh dijadikan suatu sesi pembelajaran.
Belajar bahasa, belajar tenangkan otak dengan tidak memikirkan perkara yang berselirat urat untuk difahami. Kita belajar menerima sesuatu itu juga dikira belajar.
Cyehhh pandai kau berfalsafah ye…
Perkara 3 – Meditasi
Apa beza rehat dengan meditasi?
Well, semua rehat boleh dijadikan meditasi tetapi tak semua meditasi boleh dijadikan rehat. Sebab setengah orang dia bermeditasi dengan mengemas rumah, memasak, buat perkara yang dia minat sehingga dia tak sedar jam berputar hingga ke larut malam.
Meditasi kadang dijadikan satu distraction pada sel otak.
Kadang meditasi ini kelihatan tenang tanpa sebarang pergerakan.
Kadang perlu pada pergerakan yang tidak terhitung kawalan.
Ada orang jadikan meditasi itu suatu jalan untuk menghasilkan pendapatan. Meditasi itu subjektif kerana manusia itu unik.
Setengah orang jadikan solat dan membaca quran sesuatu meditasi buat merawat rohani. Ada setengah pula dengan menyibukkan diri tanpa henti.
Tapi tiba waktu untuk berehat, kita akan berehat hingga tiada kesempatan pada hingar yang menjerit.
Dan itulah cara manfaatkan waktu selepas habis bekerja. Nampak macam serupa kan, tapi tak sama.
Rehat, belajar, meditasi. Nampak simple tapi kita sering pandang enteng. Kita ni hari-hari ada belajar sesuatu. Cumanya rekod tak rekod je lah.
Kuat daya ingatan, kadang kita biarkan segalanya berlalu tanpa sebarang catitan. Orang macam aku yang jenis suka jadikan buku atau aplikasi nota sebagai otak kedua ni sering mencatat sana sini. Maklumlah rasa semua perkara tu satu informasi yang bermanfaat. Pastu overwhelmed sorang-sorang. Adoyai…
Tenang anak muda. Hidup adalah medan ujian. Hahahaha jadi jangan risau kalau semua benda tak kena. Kalau hidup ni serba serbi sempurna, matilah namanya.
Maka carpe diem teman. Carpe diem. Live life, make mistakes and learn.
Takde orang terus pandai dalam semua perihal. So chillax.
Untuk diri aku, thanks for never quitting.
Untuk kau, usah terlalu menghukum diri. Everythin happens for a reason…
Untuk korang, pepandailah cari jalan untuk menghayati kehidupan yang diingini.
Papehal, moga husnul khatimah!