Blog Header

Movie of the Week

text, letter, old-4095909.jpg

“ASSALAMUALAIKUM”

Ehem, ehem…holla there!

Heaven kan dapat lepak sesuka hatinya lepas seminggu final berlalu. Dan dalam tempoh seminggu tu dah bermacam movie aku bantai. Berbaloi 10 hari tak layan movie hari tu, haa…sekarang tengah free, baik buat semua hobby yang kita suka. Baca buku ke, pergi join apa-apa aktiviti yang berfaedah dan etc.

Aku? of courselah layan koleksi movie yang dah terlalu lama disimpan tak dilihat. ecececeh….

Okaylah, aku tak nak waste time, cuma nak share pendapat peribadi tentang beberapa movie yang sudah dilihat…tak kisah lah cerita latest ke oldest..

1. Artificial Intelligince

Cerita ni bagi aku, macam takde point. Aku agak kecewa sebab cerita ni bazir masa aku. Cyeh! Hairannya rating cerita ni boleh tahan gak r..cerita pasal manusia cipta robot budak yang ada perasaan sayang pada orang. Senang kata cerita robot, manusia…bila ada sebahagian manusia yang tak boleh terima robot, berlaku chaos…End.

Aku bagi 4.5/10

2. After Earth

Cerita lakonan Jaden Smith dan ayahnya. Manusia datang bumi, ada alien…(lagi…) Overall cerita tentang misi si Jaden selamatkan ayah dia selepas ship yang diorang naik tu terhempas di bumi. Cerita ni banyak scene ‘terkejut-kejut’ sampai aku rasa boleh baling laptop masa tengah tengok…

Aku rate 5/10

3. Mr.Mortdecai

Ini cerita lakonan Johnny Depp. Dia jadi Lord Mortdecai yang giler pada seni. Satu hari tu, dia kena selesaikan misteri lukisan yang hilang. Namalah cerita comedy so takdelah heavy sangat.

Rate 6/10

4. Angel and Demon

Fuh…ini cerita lakonan Tom Hanks ni wajib tengok…wajib…Banyak kali tengok pun still lupa siapa orang jahat dalam cerita ni. Puas hati  dengan ilmu dia. namalah professor kan kenalah hebat. Kagum sampai terpaksa rewind banyak kali.

Rate 7.5/10

5. Beastly

Alex Pettyfer. Sebab tengok? haah..cerita dia cliche gak tapi mesti tengok lakonan dia. oh, soooo charming!

Aku rate 6.5/10 sikit? na…

6. Begin Again

Buat pencinta muzik, cerita ni awesome dan wajib tengok. Iya, memanglah takde kaitan dengan muzik sangat, tapi perjalanan cerita ni out of expectation…kecewa? itulah realiti.

7/10

7. Big Game

First aku ingat ni cerita pasal lawan gusti ke, football ke…rupanya..cerita seorang budak selamatkan presiden US. Cerita aksi kanak-kanak lah bagi aku…pelik sebab rating dia rendah. tapi aku bagi 6.5/10 untuk cerita ni.

8. Black Hawk Dawn

Untuk cerita ni aku kena buat entri khusus untuk cerita ni saja. Uish, top ten war movie wajib tengok tu...9.5/10..dah lama cari, baru berkesempatan tengok..sob sob sob

9. Secret Life of Walter Mitty

Bebas! itulah perasaan lepas tengok cerita ni..Untuk cerita panjang boleh semak kat entri khusus dia

10. Surrogates

Cerita lakonan Bruce Willis. Robot, manusia..lagi….dunia macam game sim tu lah…apa ke dorang ni memang suka dengan robot even dah tau keburukan? Ciptaan Tuhan takde siapa boleh lawan der…

7/10 je aku rate…

***********************************************************

Fuh! Penat ‘masuk dalam movie’! Ececeh…ini baru sikit, dalam dunia ni ada banyak negara, dalam setiap negara tu semua ada industri perfileman masing-masing…ha..bayangkanlah..

Da! Thanx for reading ya!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top