Our Times buat aku tergila-gila!

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

lonely, thoughts, thoughtful-5122894.jpg

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

lonely, thoughts, thoughtful-5122894.jpg

Oh God! Still tersengih sendiri time entri ni ditaip! Cool down jap….Dah okey kot!

Our Times!

Semalam time aku jenjalan di blog, tetiba nampak blog Laki Terok buat review pasal cerita “Our Times”…aku apa lagi, terus masukkan dalam list cerita nak tengok kalau free nanti. Gedong mata tak ngantok lagi, aku terus layan online. Mula tengok trailer lu…pastu rasa macam; tak boleh jadi ni ada ‘Tian Yu’ pulak tu…[Tian Yu nama lakonan Joe Chen dalam drama “The Prince Who Turns Into a Frog”] tu yang habis je cerita ni, rasa masih terbayang-bayang sengihan dan air mata Hsu Taiyu dan Lin Truly.

Our Times,

Buat aku keluarkan air mata dan ketawa tetiba. Dalam masa yang sama aku pun mendalami watak lakonan diorang. Rasa macam bodohnya percayakan surat amaran berantai yang kononnya kalau tak disampaikan pada orang lain kita akan ditimpa malapetaka. Pastu, rasa macam aku pun alami situasi tu padahal aku langsung tak pernah berada di situasi tu.

Line Hsu Taiyu yang mungkin akan jadi tagline untuk jadi nakal sekejap;

“If you never done that in your uniform, you will regret it in the future…”

Pastu ada jugak dialog yang rasa macam, betul apa yang dia cakap….

Hsu Taiyu: Let me tell you how not to fall…
Lin Truly: What’s the tip?
Hsu Taiyu: Don’t be afraid of falling!

Dan banyaklah lagi line-line yang buat rasa cerita ni penuh isi. Plus rating cerita ni pun agak tinggi. Aku rate 8/10 secara keseluruhan.

Iyap! Betulla apa yang ditulis Laki Terok…cerita ni memang sedih….perasaan yang sama masa Layan cerita First Love (thailand movie). Memang lepas tengok, tergila dengan P shone…nanges tu nanges la jugak…adalah boleh dikira berapa kali bunyi sroot-sroot…

Haish…kan tak pasal-pasal angau dengan si Wang Darren ni….aiyooo…yang bestnya, aku tak tau pun ni cerita Oktober lepas. Mati-matilah aku ingat cerita lama. Sebab serius, memang sebijik scene macam cerita lama semua…dengan kaset, kedai-kedai dia…nostalgic giler! Patutlah LT pun boleh tulis dia nak pi layan cerita ni untuk kali kedua. Wajib masuk dalam koleksi movie nih!

Sebelum aku habiskan entri ni, aku tinggalkan trailer untuk bagi korang feel movie ni…

Thanx for reading and watching!

*oh God! takleh nak move on pulak!

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
April 23, 2016 16:13

hahahhaha…..thanks for review bro! nasib baik da boleh move on…

Muhammad Syakir
April 23, 2016 16:11

HAHAHA baru terperasan ada orang Sofie mention dalam post ni. YESS! Our Times memang terbaik.

Scroll to Top