Search
Close this search box.
happy, smiling, cuddly toy-1281590.jpg

Pam Minyak Punya Pasal

Aku tak tahu samada aku ni yang emo lebih atau tekanan kehidupan yang menyebabkan kesabaran aku semakin menipis. Entahlah…

Bulan January terasa benar panjang. Panjang yang hingga aku sendiri lupa untuk hitung.

Ini pun dah menguap bagai. Nak dikatakan terlalu sibuk itu, tidaklah. Tapi otak ni terasa betul penuhnya. Segala info perlu diserap laju dan tangkas.

Menulis pun tulisan semakin cakar ayam!

Itu ini itu ini, tapi masih jua Januari.

Kestabilan itu semakin jelas, alhamdulillah.

Aku pun macam-macam idea nak diluah.

Tahun ni kena betul-betul korban untuk masa hadapan. Penat pun penatlah badan. Biar mental kuat dan kental. Ini masih belum had maksimum kau.

Kau boleh pergi lagi jauh. Tapi kau malas kan…sebab kau dah selesa. Kenapa nak bertaruh nyawa lagi?

Entahlah tu.

Mental juga dibuatnya dengan rencah kehidupan ini. Serba serbi merasa kurang padahal kecukupan itu sedia terang sudah melimpah.

Apa lagi yang tidak disyukurkan?

Nafsu oh nafsu….tolonglah aku.

Aku tak mampu nak ikut hendak kau saja, aku juga perlu jaga minda, hati, pancaindera dan paling penting dana.

Tekanan itu wujud kerana dana yang semput.

Kau yang cipta ia, kau yang puja dan fikirkan ia sehingga senak dada.

Aku cuba dowh, cuba untuk berlapang kala sempit.

Berdamai kala terhimpit. Tolonglah hambaMu ini Ya Rabb…Aku tewas. Perkuatkan jiwa aku agar tetap bertahan dan perjuang segalanya. Aku masih punya Allah…

Segalanya akan berakhir. Sepanjang mana kau merasa detik dunia ini, di sana iakan menjadi sebuah mimpi. Satu petikan jari…hingga kau merasa kehidupan hari ini adalah sebuah dongeng…

Ya Allah, aku lemah…aku perlu kekuatan dari Engkau Ya Allah….kuatkanlah jiwaku ini untuk menghadapi segala cabaran. Aminnn…

Untuk aku, usahlah cepat melenting.

Tarik nafas dan hela….this too shall pass.

Kau dah lama tak borak dengan diri sendiri kan…duduklah, borak bersama dia. Dia hampir tewas tu…tolong selamatkan jiwa dia. Okay?

Untuk aku, kau kuat! Kau mesti kuat! Kau wajib kuat! Sebab kau, adalah segalanya….Senyum duhai diri…aku bangga dengan kau. Dah dah jangan stress sorang okay….

Aku ada je ni dengan kau….aku sentiasa ada. Janganlah menangis okay…

Ingat tu, kita masih ada kekuatan bersama. Senyum okay ^_^

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ana mizu
ana mizu
February 1, 2024 12:11

harini dah 1 februari hehehe

Scroll to Top