laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Penangan “Aku keliru”

copy pasta from Kak Shai

Cuaca: Hujan beserta angin kencang

Mood: Angau!

Lagu latar: Melayu klasik moden.

(Ini bukan kisah syok sendiri, tapi realiti yang tak pernah wujud.)

Ahah!

Akhirnya berjaya jugak aku khatam novel ‘Aku keliru’ setebal 771 m/s ni dalam masa kurang dari 10 jam. Puit! Lama jugak lah nak hadam. Dengan nak kena refer balik watak-watak yang ada kaitan dengan kisah novel sebelumnya….mengalahkan study masa final hari tu! (Namalah pun sekuel novel…)

So, aku kena start baca balik dari ‘Plain Jane’ and sedikit pembelekan dari ‘Akukan Novelis’. Dan walaupun secara radikalnya, (walaupun radikal tu aku tak faham apa maksudnya…) aku sangatlah tak berminat dengan watak ‘SitiNur Balkis dengan ejaan namanya K bukannya Q….’ Iyalah, ia agak pahit untuk hadam watak macam tu. Tapi, sekurang-kurangnya dia belum terlambat untuk membetulkan kesilapan dia. Huhuhu…klise..

Dan apa yang pastinya setiap novel karya Nurul Syahida, angau dan penangan dia macam lain sikit. Macam aku kena ambil serius dengan apa yang dia tulis dan catat mahupun ceritakan dalam kisah berbentuk novel. Sebab ianya seolah sangat realiti!

Dan serius selepas aku baca novel ‘Aku keliru’ ni, tetiba terasa macam nak delete akaun twitter, dak FB bagai,…alasan? Takut terjadi obsesi stalker macam yang berlaku kepada Safiah Shuhaimi! (Dan percayalah, gaya penceritaan sesebuah novel akan mempengaruhi gaya penulisan pembaca jugak!)

Rugi kalau tak baca novel Nurul Syahida dari awal dan kalau nak catch up hanya dengan membaca ‘Aku Keliru’, macam tak berbaloi! (maka, silalah mencari semua karya Nurul Syahida…) Sebab terasa macam ada ‘kosong’ di ‘situ’.

Misalnya pandangan aku terhadap  Zaniel/Daniel Adam dalam novel ‘Plain Jane’ sangat “undescribe” dan penganggu kebahagian. Tapi, dalam ‘Aku Keliru’, dia seorang yang sangat matang! Sama jugak macam Safiah…Tapi, tah kenapa dalam banyak-banyak plot aku paling suka part selepas Safiah berpisah dengan Roul…

Sebab kat situ Roul nampak sangat bertanggungjawab (tipulah kalau aku kata aku tak suka part Masni dengan Adam berbaik semula..dan macam mana bibit jejak kasih diorang yang diungkaikan dengan sehelai ‘sapu tangan’ yang dijahit logo MU dan style tali leher yang dimasukkan ke dalam poket kemeja…)

Wawawawa…benci expectation!!!

Tambah pulak aku baca novel tu sambil dengar semua list lagu melayu yang ada dalam lappy…part tak boleh blah bila seolah latar lagu dengan part yang aku tengah baca tu, macam kena je…hahaha…(kenapa lagu melayu? sebab untuk memudahkan ‘perhadaman’ dalam sistem pembacaan..)

Kalau ada orang tanya; “siapa penulis melayu alaf-21 prima yang membuatkan aku terasa macam hidup?”

-Nurul Syahida.

Sebab?

Cerita dia tak berkisarkan tentang;

  • orang pandai yang sambung belajar sebagai doktor dan engineer tak pun pilot dan seangkatan dengannya…
  • anak orang kaya dengan kaya dan dunia persekitaran orang kaya yang bahawasanya orang kaya mana ada baca novel melayu walaupun kebanyakan besarnya novel melayu sangat meng’angkat’ taraf orang ‘kaya’
  • tiada sinetron air mata atau drama yang membuatkan aku fobia untuk ‘berkahwin’ atau menyebabkan aku rasa macam ‘nak kahwin’
  • senang di hadam dengan bahasa yang bernama ‘pengalaman’.
  • membuatkan aku nak tingkatkan pengetahuan am!

Bila membaca sesebuah novel yang membawa impak positif, biasanya aku tak jemu baca berulang kali. Macam novel ‘Soalnya Hati’, novel yang menambahkan minat aku pada sejarah. Macam novel ‘Aku Keliru’, tetiba je ada semangat nak tengok wrestling…hahahaha…(tapi, macam tak je yang ni)

Itulah yang dinamakan penangan ‘Aku Keliru’!

(Pyan, Apis Milo, Abg Jeb, Roul, ..dan aku masih belum ada koleksi ‘Tiga Hati’)

Pyan tetap pilihan… 🙂

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
November 28, 2016 01:03

hahahha itulah kan? saya lepas je baca buku kak shai, mesti pergi library…dan baca semua reference dia…

thank you! kak shai terbaik!!!

mia kaftiya
November 28, 2016 01:01

part nak tingkatkan pengetahuan am tu so true! hahah. Hai! datang sini sebab review novel kak shai, habis terjebak baca semua review 😉

Scroll to Top