Blog Header

Sains Geomatik: Sem 6

text, letter, old-4095909.jpg

Tahniah kepada anda yang sudahpun sampai ke fasa semester 6! Setelah pulun bagai nak rak, tibalah masanya mengaplikasikan dunia teori kedalam dunia kerjaya. Praktikal ni best sebab banyak faktor. Dan boleh jadi tak best sebab faktor yang lain jugak. Semester 6 ni boleh tahan seronok dan tinggi cabarannya. Pasal….

  1. kita tak payah masuk kelas atau takutkan test dan final.
  2. kita dapat duit elaun. Iya memang jumlahnya takdelah gempak, at least adakan? #syukurselalu
  3. walaupun takde final tapi ada ‘viva’ dan kena buat report tebalnya 20 marhalah. Okay tipu..
  4. disebabkan takde final semua markah bergantung pada report dan viva tadi…yang kita sendiri tak tahu adakah progressnya baik atau tidak (so, praktikallah elok-elok gais!)
  5. tak tau apa yang berlaku pada sem enam jika result sem lima kecundang. T^T
Bagi semester 6 Geomatik tulen (AP120), subjek yang terlibat dalam practicum (latihan industri) adalah:
  • Cadastral Survey
  • Engineering Survey
  • Hydrography Survey 

*(Mungkin ada yang berubah.)
Pelajar 120 cenderung mempunyai latihan industri paling sekejap bagi tiap-tiap subjek tu. Kita kena pandai-pandai atur jadual untuk pastikan ketiga-tiga scope praktikal tadi terlunas. Kalau tak, naya kau nak korek data!

 

Untuk pelajar lelaki, dorang beruntung giler sebab secara langsung boleh terlibat terus dengan kerja lapangan tanpa risaukan ada ‘town survey’ ataupun tidak. Masalah ini selalunya dihadapi pelajar perempuan…T_T

Sudahnya, pelajar perempuan tadi hanya duduk di pejabat untuk memproses data dan membuat pelan. Melainkan, melainkan….. ketika itu syarikat ukur yang korang praktikal merupakan company besar dan selalu dapat town survey job.
 
Bagi pelajar Geomatik, yang biasa ada kerja lapangan (fieldwork) akan cepat rasa bosan kalau duduk kat pejabat dalam tempoh yang lama. (Aku tak taulah samada aku sorang je rasa macam ni…tapi memang akan wujud rasa ni walau sikit…sikitlah..takyah nak tipu…)
 
Macam mana nak mohon, bila nak mohon semua tentang pra-praktikal punya info, aku akan terangkan kemudian…so keep reading on my blog gais! ^_^

Tahniah untuk korang yang dah berjaya ke fasa praktikal life tanpa sebarang masalah dalam kos geomatik! Kasi tepuk sikit…..^_^

Thanks for reading!

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
March 18, 2016 16:49

hahahahha…sorry nina..eh hanis eh nina…ah, sama ajelah…
cadastral tu untuk hal berkaitan tanah.
hydro pulak hal2 yang berkait dengan laut atau air..

Hanis Amanina
March 16, 2016 14:57

hehe terpinga-pinga kejap baca semua term ni cadastral, hydrography.

Scroll to Top