Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Sejarah Bahagia….

Siapa aku untuk berhujah tentang sejarah?

Siapa aku untuk mengupas erti bahagia?

Siapa aku?

Ah…..

Sukar dijawab.

Ini adalah post yang sepatutnya aku update last month. Penutup bagi bulan Julai dan pembuka sebuah pencarian bagi bulan Ogos. Dan tanpa disangka, walau aku baru merencana untuk bahagia, segala kebahagiaan yang aku selalu persoalkan seolah hadir dan muncul satu persatu hingga buat aku tak percaya dan sukar untuk mencerna. Is this my real life? or am I just having some lucid dreams?

Bahagia…

Sepatutnya nada baca pun berbaur bahagia, tapi ini tidak. Seolah mengelirukan pembaca. Adakah aku patut baca dalam nada senyuman atau baca dalam nada kerutan? Atau aku hanya abaikan segala mesej yang cuba disampaikan…no one cares….

Kronologi fenomena cetek..

Hujung bulan Julai yang lalu, sedang aku ralit baca sebuah buku self-help by Shad Helmstetter mengenai ‘What to say when you talk to your self’, aku disapa dua orang promoter Al-Quran.

Aku tahu aku memang ada masalah dalam menolak bab-bab yang macam ni. Bab yang suatu waktu dulu aku pernah alami dan tipulah kalau aku kata aku tak rindu untuk terlibat dalam bidang tu lagi. Sebab tu aku suka tengok orang yang miliki semangat juang untuk tingkatkan keyakinan diri dia. Seolah macam tengok diri sendiri…Aku sangat sokong dan tanpa sengaja aku abaikan kondisi kewangan yang mana lebih memerlukan banyak dana dalam mempersiapkan rumah…

Dan aku pun membeli Al-Quran tersebut yang hampir separuh dari nilai gaji aku. Ujian apakah ini? Aku bersoal jawab dalam diri. Adakah Tuhan sedang menguji keyakinan aku pada rezekiNya? atau ada rencana lain yang Dia cuba sampaikan? Aku beli. Aku dah pun beli weh!

Tanpa sengaja aku besarkan networking yang aku sendiri tak percaya yang aku orangnya agak mudah untuk dikawan. Kau seriuslah? ha ha ha (Please gelak macam sloth) Aku sendiri tak percaya dowh yang aku ni boleh jadi friendly (friendly-kah aku? I don’t know!)….Mungkin penangan aku baca buku macam tu kot….Self-talk…mungkin….

Dibalik ketawa suka….

Pada hari-hari sebelumnya, aku pernah rasa tersangatlah confused. Konpiusnya sampai aku rasa macam; “Tuhan aku perlukan jawapan…..Aku perlukan sangat jawapan dari persoalan yang terlalu sarat membelengu jiwa yang aku tak rasa dapat ringankan hela nafas aku hari-hari.”

Dan aku pernah baca, bila kita dalam kondisi macam ni, cubalah ambil Al-Quran. Berbekalkan kekeliruan kita tadi, disandarkan dengan keyakinan pada Tuhan, bukalah AlQuran dengan lafaz “Bismillahirahmanirahim” kita akan ditemukan dengan jawapan dari Dia. (Disebabkan Quran yang aku guna selalunya berserta dengan tafsir, aku akan terus baca tafsir dia.) Dan dah banyak kali aku buat perkara macam ni, jawapan itu sentiasa ada dan banyak buat aku rasa…

Tuhan Maha BaikNya Engkau….Tuhan, memang tak pernah tinggalkan aku…Kenapa aku selalu sangat rasa Tuhan jauh…walhal Dia sentiasa Ada. Dia sentiasa Dekat….

Masa tu aku dapat muka surat 434. Aku baca setiap muka dan mata aku tertacap pada tafsiran ini….dan aku pun termenung.

Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak ada seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [35:2]

Tak cukup luaskah rahmat Allah dalam hidup aku sampai rasa teringin sangat nak mati? Sampai rasa nak tamatkan riwayat sendiri? Sampai rasa mahu terjun dari bangunan tinggi? Aku terkesima…Tuhan punyalah Baik bagi aku hidup aku pulak mensia-siakan segala peluang dengan bersangka seakan aku langsung tak layak untuk hidup….helaan berat itu aku terpaksa hembuskan sebagai tanda Tuhan tak pernah langsung tinggalkan aku keseorangan.Dia sentiasa Ada…
Dia sentiasa Ada….

searching,

Jawapannya…

Tuhan hadirkan mereka. Asbab sebuah jawapan yang aku cari. Aku berpeluang tengok Dai secara live. Even aku tak pernah kisah dan tengok langsung pun Dai tu. Kalau tahu pun, tahu macam tu macam tu saja….dan tetiba ada peluang tengok live? Kau seriuslah? Kau nak sokong siapa dowh? Aku berbelah bagi samada nak pergi atau tidak. Ikut hati, dah lama aku tolak ajakan tu.

Tapi, dalam diri aku yang lainnya, bertanya kawan aku samada dia nak atau tak tengok program agama secara hidup?Opkoslah jawapan dia nak. Dan aku terpaksa jilat ludah sendiri (dalam bahasa kasarnya). Dan semalam, yeah…semalam aku tengok Dai live depan mata. Macam kelakar pulak aku rasa. Macam tak percaya pun ada….apa-apa ajelah labu….

Someone told me,

“You should live your life, not just based on the book you read. Yes, you have a freedom to read, but don’t let it eat you. You and the writer is a two different person. Somehow, the self-help books are just a toxic to another person’s life….”

“…..”

“Stop debating yourself. Just go and do whatever you want to do. Because this is the only chance and you have no idea what tomorrow may brings…”

Jeda dari aku. Entahlah. Aku just baca sebab aku nak tahu apa dan bagaimana serta kenapa.

Mungkin ada benarnya jugak sesetengah buku tu telah memakan sebahagian dari diri aku. Boleh jadi….

Jadi, apa sejarah bahagia?

Kau harus koyak, rabak, remuk, jatuh, lemas, tenggelam, barai, dan sewaktu dengannya baru kau akan rasa betapa nikmatnya punya nafas percuma yang lebih mahal dari segala harta.

Dan kau abaikan segala nilai material yang sampai waktunya kau akan lebih menghargai nilai sebuah kepercayaan….Sejarah bahagia mungkin tak sama. Tapi struktur penceritaan seakan serupa. Aku tahu semua pernah merasa….walau kita laluinya dalam dimensi yang berbeza, teriakan kita senada. Lolongan bantuan kita boleh  mewujudkan formasi yang menggerunkan dunia jika tidak dibendung dengan sewajarnya.

Parah tanpa kelihatan sebarang darah itu bisanya menyengat ke tulang sum-sum….Selamatkanlah jiwa yang hilang dalam pencarian. Semoga diketemukan jalan pulang….Dan bertemu makna bahagia serta segala jawapan yang kita dambakan. Jika tidak di dunia fana ini, janji Dia lebih besar di akhirat kelak….
And remember, this place is designed to break our hearts…

p/s: Aku pun tak faham kenapa sepanjang aku taip entri ni bunyi dia macam baca post cEro. Mungkin sebab aku baca entri dia dulu kot….haila haila…Aku pun tak tahu….apa kaitannya kisah bahagia dan video ni. Tapi aku rasa dia seakan membantu untuk lebih hidup…ya, hidup…Semoga kalian berjumpa dengan segala makna kebahagiaan dalam hidup kalian.Till then….

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top