Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Still Alive huh?

Holla there!

Miss my entry huh? Dah habis godek semua entry dari 140414? Kalau ya, tahniah dowh! Terharu giler kalau ada orang sudi belek semua entry dari semengarut-ngarutnya sehingga sedalam lowest astronomical chart. Fuh! Ada yang lemas tak setakat ni? Bukan lemas dalam lautan yang takde sempadan ni..lemas dalam aksara yang tak terjangkau…takde kan? syukur!

Still alive huh?

So, as you all can see, aku pun dah update entry, kira masih hiduplah ni. Tapi, kalau tetiba aku buat entry autopublish padahal aku sebenarnya dah takde, korang percaya tak yang aku dah takde? T_T Okay! takmau tau…[tapi, mesti pernah terfikirkan? macam mana aku nak publish entry yang mengatakan aku dah takde bila aku dah takde nanti?….hurm…kena tulis wasiat ni…] oh, wasiat akhir zaman ni kedengaran pelik pulak untuk ditunaikan…

Pandangan koranglah kan,

patut atau tidak delete blog kalau kita da takde?

Blog kot…blog…blog ni tak macam akaun media sosial yang lain…sebab dia blog. Kind of diari umum. Macam setiap entri ada cerita dan presepsi yang sendiri…Blog, dimana sebuah kehidupan lain bermula.

Still Alive?

Alhamdulillah. Tak kiralah apa pun yang korang buat, tapi selagi dapat memberi manfaat kepada kehidupan yang lain itulah sebaik-baiknya kehidupan.

Itulah kadang kita sepi di alam yang lain kerana kita nak memberi kehidupan di alam yang lain…

Kalau istilah lainnya; “Kita semua ada hidup yang perlu dihidup…” Terfikir tak, orang yang hidup di alam sosial ni, dia hidup tak di ‘alam sebenar’? Kadang benda tu macam berlaku gak kat aku…aku macam takleh nak stabilkan hidup lagi. Bercelaru bagai rak buku yang tak disusun ikut jenis. Pening nak cari!

Syukur, masih bernafas. Ada peluang untuk perbetulkan semua. Stabilkan semua sisi hidup, stabilkan ekonomi, stabilkan semuanya. Antara realiti, impian, harapan, angan, kewangan…mengejar semua dengan umur yang semakin berkurang….terasa tak terkejar…terasa macam puntung rokok. Walau tau ia berbahaya, tapi untuk kepuasan dan ketagihan semua letak tepi..

Contoh ea…puntung rokok tu umur kita, benda dalam puntung rokok tu pulak dunia, kita adalah bara. Umpamanya kita bakar umur untuk dapatkan semua isi dunia walaupun hujungnya kita tahu yang tinggal hanyalah abu, Berbaloi tak?

Tertakluk pada kesenian asap yang dapat dihasilkan. Kalau macam tu, apa beza dengan ubat nyamuk bakar? At least, ubat nyamuk tu dia bermanfaat untuk bunuh nyamuk.

Maksudnya disini, berbaloilah kita ‘bakar diri’ untuk dapatkan semua, dari kita langsung tak nyalakan api kan? Isi dunia tak dapat, nyamuk pun tak mati…

Syukur masih hidup. Bukan sebagai puntung rokok atau ubat nyamuk. Tapi sebagai seorang manusia yang tak pernah leka untuk merencana.

Terima kasih sudi baca!

Jangan lupa suarakan rasa

Dalam ruangan yang disedia…

Akhir kata, salam malam dari hamba…

p/s: boleh terlupa istilah untuk kapal selam yang tenggelam adalah tenggelam, bukan terselam, terendam atau terlemas…^_^!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top