sunrise-phu-quoc-island-ocean-33582.jpg

Tertakluk pada kita…

Ada orang merasa, dengan menyebut semua jenama terhebat buat kita berasa kagum.

Ada orang merasa, dengan bersembang kencang gema seisi alam buat semua orang tunduk.

Itu semua perasaanmu sahaja kata orang.

Geleng kepala sahajalah.

Malas sebenarnya hendak berhadapan dengan manusia serupa ini. Kadang kalau boleh dielak, kita elak. Tapi itu lah, lumrah alam kerja, hendak atau tidak tetap kena hadap.

Senyum sahajalah walau sekadar segaris hambar.

Aip…. janganlah begitu kawan. Niat itu kena perbaiki, betulkan semula..

Jangan merasa diri mulia. – Itu perasaan paling hina bagi seorang hamba.

Istighfar duhai hati.

Kita ini apa pun tetap hamba dari tanah tercipta.

Tetakluk pada Dia, bukan kita atau mereka.

Tertakluk pada kita hendak didengar atau jadi iktibar.

Ya, natijah manusianya selalu begitu.

Kadang alpa, merasa megah seperti dialah Raja segala Alam.

Hati duhailah hati. Usah disisip walau sekelumit rasa iri.

Itu cerita dia, kita angguk dan dengar sahaja.

Hendak ditelan, dikemam pun membusuk dalam diam.

Baiklah dikeluar sejurus didengar.

Sudahnya bila ditanya orang, ‘perkara apa yang disembang?’

Nah, termangu tak punya jawapan.

Menyengih lagi bagai kerang tua.

Iya kerang pun bisa menua bukan. Asyik membusuk saja…

Kadang diri termenung, perkara apa yang buat manusia itu jadi begini mahupun demikian?

Hebatkan Tuhan.

Dicipta berbillion manusia namun tiada yang serupa. Adapun tidak pernah sama. Sama pun, tetapkan punya beza.

Ceritanya, aku ini seolah masih kerdil di alam kerjaya. Di alam itu aku sekadar si penuntut yang tak pernah berhenti belajar.

Masih lagi merasa diri ini seorang pelajar.

Ya…dunia yang keras ini sentiasalah dilembutkan hati agar kerap bersyukur.

Kerasnya dunia nyata membuat kita lebih senang bersujud. Aminn…

Kepada Dia diangkat segala hajat. Dicerita segala keringat agar segalanya menjadi ibadah.

Tertakluk pada kita hendak menafsir hidup ini bagaimana.

Sebuah permainan kah? Sebuah lagenda kah? Sebuah mimpi yang harus dikejarkan segalanya kah?

Apa pun tetap dengan tujuan yang satu.

Sentiasa menyerah segala pada Dia.

Tertakluk pada Dia juga hendak menilai kita bagaimana…Nilaian-Nya lebih penting dari seisi manusia….

Moga Husnul Khatimah… – Amin Ya Rabbal A’lamin…

Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ana mizu
ana mizu
July 16, 2024 09:43

moga kita selalu diberi ketabahan menempuh apa saja kata-kata org sekeliling kita aminnn~

ana mizu
ana mizu
July 18, 2024 12:36

pssttt~ nama cafe yg kak ana p tu Cafe Ikiyo Ceruk Kampung (dlm kwsn Kg Gesir) kena masuk ke dalam ceruk kampung sikit.. nti try ushar kat tiktok IkiyoCerukKampung hehehe

Scroll to Top