Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

1027:2710

2710

Empat tahun berlalu..

Tanpa khabar tanpa berita

Tanpa suara, tanpa cerita…

Kau hidup kau, aku hidup aku..

Hari ini khabarnya, hari istimewa dalam hidup kau..

Tapi, aku buat tidak endah

Kau siapa dalam kalendar hidup aku?

*sengih sumbing…*

Selama ini kau simpan tarikh keramat kerana kau tak mampu bersua

Kau hipokrit!

Penakut dengan diri sendiri…

Cukup!

Aku tak mahu menuduh lagi…

Biar hanya aku yang tertuduh..

Empat tahun seperti semalam..

Kau dah banyak berubah…aku?

Masih ditakuk lama.

Berubah?

Mungkin ya mungkin tidak…

1027

Rahsia? Tiada!

Aku sudah lama beralih arah…

Kerna aku tahu aku bukanlah terbaik didunia..

Mungkin dimata kau juga….

Hakikat itu aku tidak pernah menolak…

Benar, ia benar…

Jangan cuba kau menafikannya…

Semoga kau berjumpa dengan bahagia yang kau cari…

Selamat hari lahir untuk kau, dan kembar…

2710..

.kek, birthday, ulang tahun

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top