Blog Header

Freedom Fraud

Freedom Fraud

Semalam dapat mesej dari group whatapps yang salah seorang selebriti India; Sushant Singh Rajput meninggal dunia. Aku mungkin bukanlah seorang die-hard-fan beliau. Tapi, bila kita tahu seseorang famous, ternama, dah cipta banyak impak dalam pelbagai industri dengan pengakhiran bunuh diri, buat kau sendiri akan terfikir; “KENAPA?”

Mungkin perkara ini takkan pernah bertemu jawapan. Hatta aku sendiri mediocre, marhaen, jobless, unemployed, pun acap kali terfikir mahu saja diakhirkan hidup ini. Dahlah hidup pun taraf-taraf ambil basic syarat hidup. Biawak pulak tu. Kerja pun kena buang. Apply kerja pun tak dapat. Pastu ada hati nak kasi inspirasi dekat hidup orang lain dengan hidup yang serba kurang.

Somehow, aku rasa akulah ‘the freedom fraud’. Yang nak bebas tapi dengan cara mudah. Terjerut dengan pemikiran emosi sendiri. Itu, ini, pelbagai kata yang menghenyak buat kau rasa macam, apa gunanya hidup ini…

Ya, orang kata Bebas itu tidak percuma. Ia punya cagar dan harga.

Ya, orang jua kata membebaskan diri di tali itu jua bukan jawapan.

Ya, mereka kata jiwa kita harus kental dengan pelbagai cabaran.

Tapi kenapa semakin dikawal semakin berleluasa?

Jawapan mereka, ‘kembali pada Tuhan’

Jawapan aku, ‘Bila fitrah ditidakkan, perang ‘kan tercetus…”

Samada, lahir, batin, maknawi, mahupun jasmani…Lambat laun perang itu kita harus hadap. Bercakap sama Tuhan yang ku perlukan Dia serta jawapan.

Hari-hari kau tanya, “Apa sebenarnya kebebasan dalam kehidupan itu wujud?”

Apa sebenar kita manusia tidakkan pernah bebas?

Kitakan sentiasa dirantai. Tidak pada yang dicipta, pada yang mencipta.

Freedom Fraud:-  Manusia yang menginginkan kebebasan dengan cara lari dari realiti kehidupan sebenar.

Apa bebas itu ada selepas kita lari nanti?

Aku ingin bertanya padamu, namun dunia kita sudah tidak sekufu.

Ah, bertemukah kamu dengan kebebasan itu?

Mana satu kehidupan sebenar? Yang kini atau yang akan datang?

Mana satu?!

Dunia hari ini dihidup bagi hidup akan datang.

Walau bebas, jika dijerut pada pemikiran jumud, dirantai pada fizikal yang berserabut, usah dikatalah bebas itu wujud. Bebas itu nyata takkan pernah wujud!

The truth is, freedom is a fraud.

Sampai bila kau takkan pernah bebas. Sampai bila-bila kita akan terusan terjerat.

Sampai bila-bila…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top