5 YouTuber I used to binge watch

5 YouTuber I used to binge watch

Dunia pengenalan You Tube dalam hidup aku bermula pada penghujung tahun 2009.

Selepas 4 tahun bermastautin di asrama dan hanya balik ke tanah air selama dua minggu, akhirnya pada tahun 2009 barulah aku didedahkan dengan dunia internet, alam maya seperti MySpace, Tumblr, Tagged, Friendster, Facebook dan lain-lain lagi. Well, mungkin friendster agak awal sikit kot, tahun 2006 kalau tak silap.

Dan boleh dikatakan masa tu rata-rata You Tube dilihat sebagai suatu platform exclusive pada selebreti. Lagi-lagi kalau ada tanda ‘Vevo‘. Tak semua orang ada channel bersepah macam sekarang. Dalam banyak-banyak Youtuber tu, kurang dari sepuluh yang aku boleh layan the whole video yang diorang upload.

Ada setengah You Tube tu aku subscribe sebab nak belajar subjek ekonomi dan akaun. Nasib baik dapat A. Hahahaha…ko kalau belajar ikut You Tube, laju aje A nya…

So, here’s are 5 YouTubers that I used to binge-watch

 

Aku start addict dengan channel dia masa tahun 2010. Bagi aku Ryan higa ni dia punya video sangat kemas. Editing dia, isi dan lawaknya semua kenalah. Memang boleh jadi penghibur selepas seharian menghadap kerja sekolah. Masa tu, aku ingat lagi, asal hari jumaat je, aku confirmed akan lepak dekat CC seharian suntuk semata-mata untuk marathon semua video latest dia.

Ada jugak aku jenguk channel member-member dia. Antaranya Chester See, D-Trix, Andrew dan lain-lain yang ada buat kemunculan dalam video dia.

 

Blimey Cow ni aku tengok sebab dia kelakar dan banyak berkait rapat dengan masalah yang selalu dihadapi oleh dak-dak introvert. Dengan rambut dia yang begitu authenticnya buat aku tak sedar berapa banyak video dia yang aku dah layan sepanjang hujung minggu zaman first-year degree (2016).

Start je tahun kedua, aku dah kurang layan diorang sebab masa tu start ralit layan Netflix dan dah jadi sebahagian dari hantu tv series serta american sitcom.

 

Yang ni sebab seluruh adik beradik aku suka buat lakonan semula. Siap download, repeat dan kalau boleh jadi salah satu slide showlah masa tunggu lecturer masuk kelas. Boleh tahan lama jugaklah aku dok repeat video mat luthfi ni. Dari 2010 sampailah 2016.

Sekarang, semua video dia dah dipelopori oleh pelbagai seeker. Aku layan yang mana berkenan je. Mana yang tidak tu, aku malas nak ambil tahu.

 

Yang ni aku layan sebab lagu ‘Thinkin bout you’. Masa tu aku kerja part-time sebagai sales assistant dekat Parkson. Aku dok jadikan lagu ni sebagai ringtone. Pastu sepanjang 2013 sampai 2016 jugaklah aku follow up semua video dia.

Dan mostly mana yang berkenan tu aku akan download dalam bentuk mp3 dan letak dalam kereta sebagai peneman jalan.

 

Ha, yang ni tak yah cakaplah. Sepanjang zaman diploma aku dok layan dia. Siap ada satu entri sekali ha (Aku vs Lindsey Stirling) lagi sebab fanatiknya dengan muzik dan kehebatan dia main violin. Teringin giler nak jadi pakar dalam instrumen muzik. Tapi tu lah….dalam mimpi je mampu.

///

Ni pulak antara channel yang selalu menjadi penghibur masa lapang:

Banyak je lagi channel lain, cumanya yang ni lah paling aku berulang kali tengok dan rajin update. Yang lain tu kadang aku tengok je tak subscribe pun. Mat punya channel pun aku subscribe masa akaun lama dulu. Akaun baru ni aku dah tak langgan dah. Huhuhuhu…selalu sangat kena recommend sampai aku tak rasa perlu untuk subscribe.

Itu sajalah cerita youtube kita pada hari ni. Lain masa nanti kita lihat youtuber mana pulak yang menjadi tatapan di masa lapang.

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top