Blog Header

Sistem tak wujud

Sistem tak wujud

Dalam kecelaruan mengharungi hidup, mengatur, merancang masa hadapan yang belum pasti….sungguh bisa buat kepala bingung! Bingung! Bingung! Sampai boleh bengong! Ergh!!!

Hari tu aku dah tengok cerita, aduhhh apa da nama tajuk cerita tu? Drama politician thriller tu….aduh lupa pulak namanya..Jap, google iflix…haaaa Daulat!

Ha, korang dah tengok belum Daulat ni? Kalau takde benda nak buat tu, pi lah layan sat. Aku tak cakap dia filem paling terbaik seantero dunia. Dan aku pun tak menafikan yang cerita tu bahasanya indah.

Tapi, ada setengah orang (ya, setengah orang…) dia baaaaaanyak bising pasal movie tu. Aku rasa macam naik sampah dengan manusia macam tu. Dia macam bangsa yang dok compare End Game vs Ramadhan tahun lepas. Aduhhh, annoying gila! Ha, kan dah emo tak pepasal. Okay habis cerita. Pffth pada manusia demikian…

Tajuk takde kaitan dengan entri,. Ya, itu memang hobi aku bila menulis sekarang.

Bila fikir balik, aku tak nak bertanggungjawab dengan kehidupan dewasa aku selepas ni. Aku malas nak pikul beban bil itu ini…insuran, simpanan, profit, semua tu….argh! Kenapalah aku tak terperangkap dalam dunia kanak-kanak untuk selamanya je? Tak perlu pun fikir pasal duit, sumbangan, bantuan, pengharapan….sistem semua yang membantu kadang aku tak boleh nak percaya…

Bagi aku sistem tu tak wujud dan tak pernah wujud pun…yang ada cuma kepentingan…urgh….

Baik kau diam dalam gua lah woi!

Memanglah, kadang tu rasa selesa gila, bangun ikut suka, impian kau just nak penuhi hidup dengan Tuhan…fokus pada hidup akhirat…..tapi, bila realiti ketuk, dia cakap, hidup kena berusaha…baru kau boleh sandar pada Tuhan 100%…kalau tak usaha, mana mau jadi…

Membuatkan aku macam terdetik;

‘aku ni memang dilahirkan untuk tidak berjaya selamanya ke?’  

‘ke aku memang hidup untuk penuhi statistik warga loser, mediocre semata?’

Entahla…setiap kali terdetik macam ni, kadang aku rasa macam malas nak terlalu kejar apa yang sepatutnya aku kejar. Yeah, tak salah pun jadi marhaen…tak salah pun duit cukup pakai…tak salah pun tolak semua sistem….dan tak salah pun kalau kau tak nak terlibat dengan sistem….

Cukup basic dah ada, itu bagi aku dah cukup syukur. Terima kasih pada ayah, sebab banyak mudahkan kehidupan kami….secara tidak langsung, memang ayah dah banyak persiagakan aku untuk hadap dunia penuh pancaroba ni…

Kena campak situ sini dulu tu, buat aku dah lali dengan norma sekarang…malas…ya, aku memang malas…malas nak jadi bising, tong tang tong tang pada saluran longkang yang end up diperairan buaya…

Kalau dulu aku berangan nak jadi muka depan majalah, masuk tv, kena interview bagai…sekarang pada aku, cukuplah aku dapat jumpa Tuhan dalam keadaan aku sedia. Husnul khatimah….aku malas dah nak kejar benda yang belum tentu aku akan dapat. Usaha? Uh, kalau dengan usaha itu bisa mengoyak jiwa ni, baik aku lari sejauh mungkin…

Benda takde spare part jangan dibuat main…

Loser? sokay…aku dah biasa dah

Janji aku tak dikawal sesiapa…bukan sistem, bukan jua saluran sampah…

Biarlah aku hanyut dari terjerat…usah diberi pelampung pada mereka yang suka berenang…

Itu saja pesanku…walau realiti aku tak pandai berenang, tapi biarlah aku lemas….at least jasad masih bersatu…walau jiwa dah jauh ke dasar laut…

Daripada aku berangan setinggi langit, yang jatuhnya kelak menyepaikan jasad dan paling teruk jiwa….

Tidakku dongak pada burung untuk bebas tapi ku pilih hanyut didasar lautan untuk meraih tenang…..

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top