Pelangi Ungu

Dear Asgardian,

Hari ini masuk hari keberapa kuarintin pun aku dah tak kira. Alhamdulillah masih selamat dibawah rahmat Ilahi. InsyaAllah Amin.

Kalian apa khabar? Sihatkah? Didoakan semua diberi kesihatan dan dilindungi dari apa jua yang memudaratkan.

Amacam kuarintin? Seronokkan?

Yeah, so far masih seronok dan tak pernah bosan lagi. Banyak betul benda boleh catch-up. Maklumlah, lambakan buku yang dibeli, dulu banyak sangat alasan nak baca, sekarang…ha! Inilah masa untuk beradu dengan buku.

Oh ya, in case kau baca postingan ni pada tahun 2030, aku just nak bagitahu…masa entri ni ditaip, bumi dilanda pandemik C. Itupun kalau sempat berjumpa 2030 lah. Sejak dua menjak aku banyak baca dan tengok video pasal persitiwa akhir zaman. Ya, semua tanda itu semakin lama semakin dekat. Lagi-lagi sebagai warga yang hidup di fasa itu, tipulah kalau aku kata tak takut.

Banyak jangkaan yang orang buat. Tapi, benda kalau Tuhan dah kata pasti, memang pasti berlaku. Sebagai hambaNya, bersiagalah jawapannya.

Lepas pada pemberitahuan yang dipanjangkan tempoh ni, aku ambil langkah untuk potong terus semua perkara yang tak menjadi keperluan. Misalnya langganan premium bulanan akademi, hiburan dan kreativiti. Mungkin buat masa sekarang, gunakan sebaik mungkin sumber yang percuma dulu. Plus, inilah waktu paling kritikal sekali untuk allocate kita punya sumber tu dengan bijak.

Dah kata dah, petani, peternak dan penyedia sumber makanan first chain supplier ni takkan pernah rugi. Sampai bila-bila orang akan sentiasa perlukan sumber makanan.

Apa-apahal pun, semoga kita semua selamat dari segala fitnah dunia, dajjal, azab kubur dan juga azab api neraka dan bertemu pengakhiran hidup husnul khatimah. Amin…

Pelangi ungu di ufuk timur….

Penghujung fasa kemodenan dunia sejagat…

Content Protection by DMCA.com

Kongsi 

Related Posts

4 thoughts on “Pelangi Ungu”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top