Search
Close this search box.
lantern, light, christmas lantern-6805978.jpg

Perfect = Sederhana

Jika orang kata perfect itu sempurna tanpa sebarang kecacatan, habis kenapa manusia normal yang cukup sifatnya masih merasa diri mereka tak sempurna? Walhal, mereka tidak cacat!

Perfect

Merangkumi semua aspek dalam diri aku, kita dan semua orang.

bunga, putih, ungu, cantik

Orang takkan nilai perfect hanya dari satu sudut.

Orang akan menilai dari semua penjuru.

Kalau bentuknya oktagon, kelapan sudut itulah akan diterokai mereka…

Jika benar tanpa silap…baru Perfect!

Gila!

Itu aku akan kata…

Mana ada manusia tanpa cela dan silap.

Mungkin ada, mungkin wujud, tapi kita bukan penilai yang layak.

Kita, tiada lebih tiada kurang.

Aku ada apa yang kamu tiada dan aku tiada apa yang kamu ada…

Nampak sempurna dimata, kerna kita yang mahukannya begitu..

Kita memilih dan memutuskannya…

Kalau sesuatu benda itu sudah sempurna tahap dewa pun,

Jika hati kita tidak senang,

Kita akan memilih untuk menganggap benda itu miliki kecacatan..

Tidak fizikal, kita akan pertikaikan mental..

Mesti ada…

Maka, Perfect bagi aku adalah, SEDERHANA…

Jika ia manusia, sempurnanya… aku akan lihat dari personalitinya terlebih dahulu…

Jika ia satu pembelajaran, sempurnanya aku nilai dari kefahaman…

Jika ia sebuah buku, sempurnanya pada garapan cerita dan penyampaiannya…

Sempurna = Bersahaja = Jadi diri sendiri…

Sempurna adalah abstrak…kadang dikategorikan sebagai subjektif..

Sama seperti cantik..

Kita akan menilai dan mengambil kira pelbagai faktor untuk mengkelaskannya…

Kerna, sempurna dimatamu, tidakkan sama dengan sempurna dimataku…

Cantik.

Dibawah cabang cantik, akan bercambah kepada pekerti, bicara, kebolehan…dan lain…

Nobody perfect…

Kita hanya minimize-kan kesilapan dari semasa ke semasa,

Tanpa silap, tidakkan belajar..

Tiada manusia sempurna tanpa silap

Kerana, silap ibu kesempurnaan…

Subscribe
Notify of
guest
12 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
October 17, 2016 17:20

manakan kita dapat belajar tanpa kesilapan…

terima kasih diatas kesilapan lalu, kerna beriku ilmu baru… 🙂

sofie adie
October 17, 2016 17:19

yang ini aku setuju…lukisan memang kena ada identiti…tanpa identiti tu orang susah nak kenal pasti…

sama juga macam makanan. makanan kalau dihias terlalu cantik dan sempurna, selera akan berkurang…berbeza dengan makanan yg simple..dari 'ketidak-kemasan' itu boleh tergambar keenakan makanan….#selerakampung 🙂

like u said…too perfect is just…plain…
but plain is…perfect! 😀

sofie adie
October 17, 2016 17:15

yup! betul tu! setuju 100%

sofie adie
October 17, 2016 17:15

salam yana,

setuju sangat! hanya Allah sahaja yang Sempurna..

sebab itu perlunya seseorang untuk menegur kita tika alpa…tidak kiralah kawan atau keluarga.. 🙂

sofie adie
October 17, 2016 17:14

subjektif.
tiada benar, tiada salah…tapi setuju dengan pandangan syakir…

sempurna wujud dari ketidaksempurnaan… 🙂

sofie adie
October 17, 2016 17:10

iyap! Tuhan Maha Sempurna.

dan perfect bagi manusia = sederhana… 🙂

Kim Chaa
October 17, 2016 17:06

Setuju dengan ayat silap ibu kesempurnan. Tanpa silap kita takkan bertenu kesempurnaan.

cEro
October 17, 2016 17:06

Sebagai orang yang suka melukis, biar aku kongsikan pandangan aku tentang sempurna.

Pada aku, lukisan yang sempurna, as in hyper-realistic sangat tak best dan tak menarik. Ia macam skadar ambil gambar guna kamera. Pada aku, lukisan yang menarik adalah yang biasa, tapi ada dimasukan jatidiri dalam lukisan itu supaya bila orang tengok, dia tahu bahawa itu lukisan kita. Dengan kata lain, selitkan identiti.

Sama juga macam kehidupan. Too perfect is just…plain. Sederhana itu lebih istimewa.
🙂

At-Tarmizi
October 17, 2016 17:06

bersederhana itu yang sebaiknya =)

The KehalusanKelembutan
October 17, 2016 17:06

salam ,
betul tiada yang sempurna melainkan yang Maha Sempurna 🙂

kita hamba banyak kurang nya, cuma kadang kira alpa sampai kita lupa kita cuma hamba.

Muhammad Syakir
October 17, 2016 17:06

Kekurangan itu sendiri satu dari kecantikan. Kesempurnaan itu juga wujud dari ketidaksempurnaan. Berbalik kepada takrifan cantik dan kesempurnaan individu. Setuju dengan bahagian kita hanya mampu meminima kan kesilapan tetapi tidak boleh dari berbuat silap kerana kita manusia sempurna dan tak sempurna.

Hanis Amanina
October 17, 2016 17:06

yg perfect hanyalah tuhan kan 🙂

for me, perfect yg sy faham –>cukup seadanya dan sekadarnya 🙂 like you said sederhana.

hanisamanina.com

Scroll to Top