Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Kelam Kelibut!

Empat minggu already huh?

Okaylah, empat minggu itu memang sekejap. Sekejap giler! Tunggang terbalik, tunggang terbalik punya jadual, sedar tak sedar…dah habis bulan pertama.

Hari ni…(pada masa aku menulis post ni…), dah masuk minggu ke-5.

Yang bermaksud, perang sudah bermula!

Takbir!

Allahu akbar!

Takbir!

Allahu akbar!

Allahu…tak terkejar dek akal untuk catch up semua benda. Gitulah hidup student ye kawan-kawan. Semua benda nak dikejar. Akademik, rohani, fizikal…memang kena stabil dan seimbang. (InsyaAllah…)

Hilang satu, cacatlah kita…cacat tu, tak dapat dilihat…tapi dapat dirasa…rasa kosong!

Terlalu fokus pada akademik, tanpa ambil pusing soal rohani, mungkin aku akan lebih mudah untuk alpa, leka, cuai dan kemungkinan besar…hilang tunjang utama yang menjadi pemegang untuk aku berdiri teguh pada hari ini.

Fokus pada rohani….insyaAllah dapat fokus pada hal akademi…

Fizikal?

Sudah tunggang terbalik bagai rak nak terbalik menampung segala buku atas kepala, maunya cacat jiwa…maka aku kena sediakan ruang untuk tenangkan balik kondisi tubuh..

Tarik nafas dalam-dalam, sedalam tenggelamnya kapal van der wijck…

Pukul 2 pagi, mata masih menatap segala tugasan yang ditulis pada papan putih. Semua masih belum bertanda. Menunjukkan satu pun tugasan tidak diselesaikan sepenuhnya sepanjang hujung minggu…

– sabtu; pergi pds.- ahad; pds lagi..

– senin; laundry, kemas kini time table…pastu…jadi tourist guide tak bertauliah…(padahal sendiri pun masih tercongak-congak setiap kali naik public transport…)

Isnin kelas pack. Selasalah satu-satunya hari untuk pulun otak. Stabilkan mana yang tertinggal pada hujung minggu…syukur masih bernafas walau terpaksa bersesak…

Terasa jugaklah betapa kelam dan kabutnya bila hidup tiada perancangan…Bukan tak ada, cuma tak ikut…sendiri buat, sendiri langgar…apa daa…

Okay..done bebel…aku tabiklah kepada student yang berjaya harungi semua cabaran dengan tenang…aku patut belajar teknik tu…ya…aku perlu belajar teknik bertenang…tak semua kerja aku dapat langasaikan dalam sehari…tapi sedikit, sedikit…lama-lamakan habis jua

Jawapannya, istiqomah beramal…Istiqamah =  consistent

Sungguh benar…perkara paling susah dibuat adalah…beramal secara berterusan setiap hari tanpa jemu…

Tepuk dada, tanya iman..

Subscribe
Notify of
guest
9 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Raihanah Ahmad
October 17, 2016 17:06

all the best sis. jemput juga join giveaway saya

sofie adie
October 9, 2016 18:04

thank yoi aienzunnur!
ada masa saya akn join… 😀

sofie adie
October 9, 2016 18:03

kan??? beza sangat!!!
harapnya begitulah….semoga kim chaa pun tenang sentiasa…
=)

sofie adie
October 9, 2016 18:02

hah? hehehehhe video kita xde lagi..malu eh nak tunjuk..^_^!

sofie adie
October 9, 2016 18:02

amin! alhamdulillah dapat dikawal segera…^_^

aienzunnur
October 9, 2016 18:01

all the best sofie

Saya nak jemput untuk join giveaway saya.
Jangan lupa singgah blog saya ye.
Terima kasih so mucho =)

Kim Chaa
October 9, 2016 18:01

Dunia diploma dan degree sangat lah jauh bezanyaaaa ..moga sofie cepat kembali tenang .. hehe

Siqah Hussin
October 9, 2016 18:01

Tak sabar nak tengok video sofie pulak.. hehe..

Shikin Razali
October 9, 2016 18:01

Semoga Sofie berada dalam keadaan yang tenang sejahtera, biasalah dengan sifat kelam kabut tue, hehe.. =)

Scroll to Top