Blog Header

Pasakkan Mimpi Yang Tenggelam

sunset, silhouette, twilight-5033708.jpg

Kadang tu aku malas.

Bukan kadang. Setiap masa pun ya.

Malas nak bermimpi. Malas nak punya angan yang tinggi. Malas itu, malas ini sehingga apa yang ada depan mata aku hanya hadap. Hadap dan jalan. Hadap dan redah hingga terasa hidup ni sangat pantas dan berterabur.

Ya, berterabur sebab aku tak punya rekod dalam hidup. Aku jalan, jalan dan jalan. Aku harung, harung dan harung hingga aku lupa siapa aku yang ini. Apa aku ini sudah tidak lagi menulis diari untuk berkongsi segala rahsia hati?

Atau aku sudah terlalu dewasa hingga tiada punya masa untuk rungsingkan perihal hati dan emosi?

Lelah perjalanan mengharung jalan sesak yang panjang buat fikiran kreatif aku terbejat?

Entah.

Aku sendiri entah ke mana. Laut hilang, habuk kian menebal. Otak berkabus seolah berjalan semuanya mimpi tapi hakikat ia realiti. Mengejar itu ini itu ini, hujung waktu kau jua termenung menghitung jari.

Mengira apa amalan yang ku bawa di sana nanti.

Ah sudah….

Mana pergi impian aku yang berkobar untuk menjadi seorang usahawan muda?

Apa aku ini sudah tua untuk meneruskan mimpi?

Lebih selesa dan tenang makan gaji?

Boleh jadi…

Tak semua perkara kita cita itu perlu dikejar. Tapi jika semua cita itu kita capai, pasti merasa bangga, bukan…

Ya…bangga.

Nak borak kat sini pun kadang aku tak tahu nak sembang apa. Rasa dia tak sama macam dulu.

Dulu semua benda teruja nak dipublisitikan. Lagi ramai tahu, lagi happening hidup. Tapi sekarang, aku lebih hargai sebuah privasi. Apa yang kita lalui semuanya memori sendiri. Buat senyum sendiri. Yang tahu je tahu…gitu…

Usahlah diawamkan kisah hidup pada orang yang belum tentu kisahkan hidup kita sewajarnya. Lebih kepada menyibuk? Entahlah. Jadi kita lay low saja…

Che che che che…kau nak lay low?

Dah cukup lay low lah ni. Semua media sosial mana ada update nak dekat sebulan. Target aku untuk tidak aktif selama mana yang boleh.

Habis blog ni?

Hurmmm blog ni je lah cerita aku. Kau rajin baca, bacalah…gambar bukan aku punya. Hahahahaha

Ini lebih kepada tenggelamkan mimpi yang pernah dipasak je…adoyai…

Korang kena tahu, kalau dalam hidup ni benarlah orang kisahkan kau, dia akan kisahkan kau dengan sebenar-benarnya. Aku ini idaklah mithali mana. Masuk usia ini, tinggal apa je yang ada. Itu ini aku dah tak sama macam dulu. Beza mat…aku pun dah malas nak fikir. Yang penting, hidup kena hidup.

Lepas tu, lepaslah.

Jauh kau bawak diri?

Tak jauh mana aih….ada je sini. Cuma lebih tenang dengan sepi.

Sepi…ha ha ha ha…itulah rutin yang meriahkan hidup ni. Hidup dalam sepi. Jiwa lebih terapi…

Eh, merepek amat dah ni. Mata pun terkebil-kebil dah…papehal roger. Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top