Search
Close this search box.
lake, nature, travel-6701636.jpg

Asam payau…

Kalau bukan kita sendiri yang akan sayang perjalanan hidup kita, maka siapa lagi?

Setiap hari aku akan ulang frasa ni. Dari rumah ke kelas. Walau dengan penuh mujahadah. Then, dari kelas pergi kerja. Aku ulang lagi. Disebabkan aku perlu memaniskan muka sebaik mungkin dalam bidang ini. (Alah, mana-mana kerja pun perlu senyumlah…) Sehingga aku boleh mengukir senyum dengan sebenarnya. Seperti ini…?

– senyum tak susah bukan?

Jadi, aku semat dan pahat dalam diri :- 

I love my life. I will make my own mission come true. Aku yakin! Pasti boleh! Takbir! Allahuakbar!

Dan alhamdulillah hari-hari yang aku lalui itu seperti lancar. Kalau ada cela pun, aku rasa semacam boleh terima. Semacam mudah untuk berlapang dada. Dan yang itulah menyebabkan aku punya minda berdialog lebih dari mulut. Hah!

##

Sekarang ni, aku guna iPhone 4. Pemberian umi aku. Itupun selepas samsung Y aku merajuk dan mintak pencen. Masalah phone aku adalah dia sangat tak compatible dengan apps yang memerlukan ios8. Jadi, bila ada apps yang perlukan ios8 untuk update, phone aku jadi ketinggalan.

Banyak benda tak boleh guna. Kalau boleh guna pun, mesti ada masalah sikit. Lepas tu, kawan aku yang sangat “cerdik” bagi cadangan.

“Aku rasa, kau tak payah tukar phone. ” kata beliau penuh yakin.

“Habis, kena tukar apalah?” tanya aku penuh naif.

“Kau cari pakwe!”

“Apa kaitan dowh?!” No correlation at all!

Terasa macam minda sempit pulak bila jadikan ‘itu’ sebagai jalan penyelesaian. Kau tak rasa macam tu ke? hahahaha

#

Ramai bertanya; “kerja sambil belajar, tak penat ke? Mesti mu penat kan?”

Dan aku pun tersenyum. Iya, tidak…tidak pun tidak…

Cuba tanya, benda apa yang tak penat dalam dunia ni? Kalau berehat terlalu lama pun, penat juga…#mereput lah, #pishang lah…

Jadi, penat yang berbaloi adalah penat yang kita akan dapat hasilnya. Walau bukan sekarang, tapi untuk masa depan. Depan…

##

Bila kita dah buat sesuatu keputusan, kita mesti belajar untuk menerima dan menyayangi jalan itu sebaik mungkin. Pahit, kelat dan masamnya jalan itu adalah bonus untuk kita menjadi lebih matang. Ada masa terasa terlalu payau hingga bisu. Tapi, percayalah…setiap yang susah pasti ada kemudahan. Itu janji Tuhan…

Live well or live hell, your call…For the better or the worse, we have no choice except to love our own life story…

Hiduplah jalan yang tak pernah ditempuh oleh ramai orang. Memang ia bersemak samun, tapi itulah jalan menuju ke sungai yang ramai tak nampak. Dari aliran sungai itu kelak kita akan berlayar mencipta sejarah dan menunaikan segala impian yang telah lama kita pendam.

#loveurlifeliveurlife

Carpe diem my friends!

Subscribe
Notify of
guest
9 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
May 1, 2017 13:52

Thanks amer! insyaAllah i'll join your segment.
all the best ya!

sofie adie
May 1, 2017 13:50

Dear LZ,
Terima kasih atas ucapan LZ. buat saya tersenyum membacanya. InsyaAllah, i'll be strong. and keep smiling 🙂

Amer Ridzuan
May 1, 2017 13:47

Life is a journey. Feel free to join my segment ok. I have followed your blog too 🙂 https://ameridzuan.blogspot.my/2017/05/the-amerzing-bloglist.html

I am LZ
May 1, 2017 13:47

Dear SA,
LZ pun bermula dengan kerja sambil belajar..
Memanglah penat tapi semangat membuatkan LZ berjaya harungi susah payah ketika itu.
LZ percaya SA pun mampu lakukan.

Kuatkan semangat dan yakin boleh!
Be strong okay. One more thing : SMILE 🙂

Hanis Amanina
May 1, 2017 12:51

It is my favourite too! haha

sofie adie
May 1, 2017 00:43

i really love your quote nina! will keep this as one of my inspiring quote. 🙂
thank you!!

sofie adie
May 1, 2017 00:39

insyaAllah. akan sentiasa senyum 🙂

Hanis Amanina
May 1, 2017 00:20

Kalau dapat setiap hari sebelum keluar rumah… try tgk cermin, cakap kat diri sendiri apa kelebihan yg kita ada.. dan ulang benda yg sama, itu pun boleh jadi pemangkin semangat untuk lalui hari tu.

Setuju jugak part benda apa je yang tak penat.
Buat kerja banyak pun penat, berehat pun penat.
Even travel utk hilangkan stress pun kadang2 boleh jadi sesuatu yang menstresskan. haha

"If Allah leads you to it, He will lead you through it" 🙂

hanisamanina.com

Siti Yang Menaip
April 29, 2017 13:16

biasa tu cabaran dalam hidup.. asam garam dalam pastikan nanti kita jadi orang yang sepatutnya.. kekal tersenyum sentiasa ^^

Scroll to Top