Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Mencarik Rindu…

Kerja gila.

1. Untuk pertama kali bawa kereta auto, aku sendirian merempuh highway. Berpandukan google maps, syukur selamat.

2. Lima tahun tak jumpa, terasa semacam tak kenal mereka. Ah, mereka semua sudah bertukar status. Bertanya pada aku, kau bila? Aku tersengih buta…

3. Demi rindu 11 tahun, aku pecut ke Seremban. Bersama kawan dari Bawah Bayu. Terubatkah rindu itu? Dua jam mana cukup….

Mencarik takut.

  1. Siapa kata aku berani untuk merempuh perjalanan sejauh itu untuk pertama kalinya pegang stereng? Sumpah aku tak berani.
  2. Tapi, aku yakin…diri aku yang jauh dalam sanubari itu, tekad dan semangatnya kuat.

Maka, terbitlah kerja gila…

Kena hon?

  1. Hah! Usah diperkatalah…Aku tak boleh nak marah. Aku tau, itu salah aku…Kalau orang tak hon, bila lagi hon nak mainkan peranan?
  2. Tawar rasanya pertemuan kali ini.
  3. Bukan tak teruja, bukan tak rindu…cuma terasa ada jurang.
  4. Cerita hendak ditukar pun terasa hambar. Kau, hanya inginkan kawan dan pendengar untuk cerita yang kau peram.

Aku? 

  1. Aku hanya mahu bertemu sekadar sua muka.
  2. Sebagai tanda aku masih hidup dan masih prihatin akan kewujudan kalian pada suatu tika.
  3. Tapi, sayang semua itu hanya merobek luka yang pernah terbina.
  4. Jadi, aku hanya tersimpul senyum melihat kalian ketawa suka.

Cerita aku perlukan pendapat. Cerita aku perlukan nasihat. Aku tidak suka cerita kosong tanpa isi. Paling kurang aku dengar dahulu dan lain masa aku akan cuba amal. Tapi, sayang…isi yang ku harap hanya separuh, selebihnya…terasa angin. Kembung perut, mual…

##

Kalau kalian bertemu dengan seseorang yang kriterianya mencukupi apa yang kalian pernah impikan, apa yang kalian akan buat?

Aku masih berkira bukan kerana philophobia tapi kerana pepatah “easy come, easy go..”. 

Dan, prinsip yang aku semat…Untuk jadi yang pertama, kena menjadi yang pertama…” Tiada istilah ex, bekas atau sewaktu dengannya-

Sebab itu aku tak pernah bermain hati. Demi menjaga keistimewaan itu…

Prinsip tidak pernah makan tuan bukan?

Syarat aku mudah..

-Dia ada seadanya dia…-

Tapi, orang tetap kata aku cerewet.

“Kawan, sebab hati itu tiada spare part, aku pun tiada plaster yang utuh untuk merawatnya. Ia ada satu cuma. Itu sebab aku jaga sehabis mungkin. Kalau bukan kita yang bela hati ini, siapa lagi?” 

##

Sekarang ini, aku perasan satu benda. Diri aku semakin berat mulut. Semakin malas bercerita secara lisan. Kerana lidah itu serupa samurai, aku pilih untuk bisu.

Ingin aku cerita panjang seperti penulisan aku, tapi aku gagal mencari ayat. Jadi, setiap kali bertemu, aku hanya mampu bisu…

##

Mencarik rindu,

bunyinya sayat dan berat…

terasa makin dibongkar, makin banyak yang terpendam..

Mencarik rindu, 

kerana tidak mampu memberi pesanan pada angin lagi.

Rindu dicarik, perlahan seperti kapas.

Untuk kalian, aku ucapkan terima kasih. ?

Subscribe
Notify of
guest
18 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
May 3, 2017 01:38

hi amer! thanks for tagging. I'll sure I'll be free my time for this…:D

Amer Ridzuan
May 3, 2017 01:23

Hi! Saya tag anda dalam satu post saya. http://ameridzuan.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag-22-shades

sofie adie
April 26, 2017 13:59

Hug back^_^
Thanks akak 🙂
amin insyaAllah saya akan terus kuat…

nadialadzim
April 26, 2017 13:56

alaaaa…kenapa akak rasa sedih baca entry ni….tsk tsk…
sopie, kuat!..
sopie buat apa pun yg terbaik ya..yg lain serah kat Allah..
syg sopie walaupun tak penah jumpa..*hug*

sofie adie
April 25, 2017 23:34

Amin, amin…^_^

Seorang Syed
April 25, 2017 23:24

Deepnya entry ni, penuh perasaan. Rasa macam dapat menyelami perasaan sekali bila baca.
Apa pun, semoga Allah permudahkan urusan awak.

sofie adie
April 25, 2017 00:16

hai hai! insyaAllah akan tetap menulis…

sofie adie
April 25, 2017 00:16

amin amin amin..

terfikir [erkara sama juga..

sofie adie
April 25, 2017 00:15

insyaAllah..
masih ada Dia…syukur punya Dia.

sofie adie
April 25, 2017 00:15

*applaused!!*
alhamdulillah

sofie adie
April 25, 2017 00:14

insyaAllah…^_^
doakan semuanya baik2 saja…

sofie adie
April 25, 2017 00:14

terima kasih beeha ^_^…
sebab tak tahu nak ulas macam mana…

Suhaiza Suki
April 25, 2017 00:12

hai awaakk!lamanya rasa xsinggah blog ni. teruskan menulis 🙂

Hanis Amanina
April 25, 2017 00:12

"Kalau kalian bertemu dengan seseorang yang kriterianya mencukupi apa yang kalian pernah impikan, apa yang kalian akan buat?"

Kalau sy.. hmm nak approach dulu rasanya tak. Doa banyak2, kalau betul itu jodohnya, moga2 Allah dekatkan dan permudahkan. Kalau bukan jodohnya, jauhkan dia.

hanisamanina.com

PeRdU cINta
April 25, 2017 00:12

Bila cuba memberi..tapi tidak difahami..cukup simpan untuk hanya kita dan dia Pencipta.

aienie NKA
April 25, 2017 00:12

waaa tahniah berjaya bawak kereta sendiri harungi highway…

Shahida Dzulkafli
April 25, 2017 00:12

Deep.. just because your self.. makin kita melalui hidup makin banyak yang kita tempuh dan merubah diri kita.. pasti akan ada satu masa hati tu terbuka menerima..

Beeha Azman
April 25, 2017 00:12

opie beeha suka baca entri, bahasa digunakan sgtlah puitis.

Scroll to Top