Blog Header

43 hari lagi…

china, meadow, guizhou-6796350.jpg

Semalam aku baru habis menonton siri Mindhunter. Sebuah drama thriller tentang penyiasatan unit baru bagi FBI pada tahun 1970an dulu. Katanya based on true story.

Apa yang aku belajar?

Memahami personaliti dan psikologi itu suatu kemestian. Sebab setiap penjenayah yang terlibat punya motif yang tersendiri terbentuk dari behavior yang dorang tak sedar. Tak bestnya pulak dia hanya dua season saja. So sekarang, aku kena cari siri baru untuk dilayan buat teman makan. Haila….

Siri macam ni jarang aku tengok back to back. Sehari satu episod saja….sebabnya dia bukan sitcom yang satu episod 20 minit. Lima episod sitcom baru satu episod dia. Tu yang takleh nak back to back sangat. So, siri apa ya yang kita nak tonton seterusnya? Mungkinkah Billions? Atau Downtown Abbey?

43 hari lagi masuk tahun 2022. Hurm….Banyak betul hidup orang sekeliling aku berubah. Aku? Well, masih begitulah. Disini, menaip cerita yang belum tentu orang baca. Kadang, aku dah tak tahu untuk apa lagi hidup ni dihidupkan. Bukan aku tak cuba untuk positif, tengok pada sisi yang cerah, gali motivasi…cuba dowh…

Tapi, end up…di suatu sudut jiwa kau, kau akan jatuh. Jatuh untuk tidak bagnkit dan hidup sekadar wujud.

Wujud, hidup, matlamat, positif, korban, ah…itu semua satu sisi yang buat kau rasa ketinggalan.

Kemon happylah dowh, kau free kot. Masa kau punya, boleh tidur, menonton sesenang hati yang kau mahu. Ada internet, ada akses semua…

Ya, ya aku syukur.

Alhamdulillah.

Aku rasa macam nak lari kejap dowh. Ke mana tu aku tak tahu…Just keluar dari zon selesa aku ni. Jump to see the whole new world. Bila? Pun tak tahu.

43 hari lagi…kurang dari dua bulan…tak lama lagi birthday kau. Nak sambut kat ne? Eh, eh…tahun ni kita sambut macam biasa…sensorang. Dengan series apa? Ke nak tengok wayang? Hahahaha…well, tengoklah apa yang ada masa tu. Sekarang ni, jom kita siapkan kerja dulu.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top