Blog Header

Falsafah Venom: Let there be carnage…

Jam 0125.

Kau baru sudah makan malam usai menonton Venom 2 di wayang. Yeah, tadi minum petang di Zus sampai tak perasan jam semakin lewat ke angka yang usah dirungsing berapa. Kau bukan ada apa-apa kerisauan perlu dihirau. Hidup ini bebas. Bebas dari segala prejudis dan komitmen. Huh…

Jadi Venom 2 atau Venom: Let there be carnage, apa pendapatmu?

Awesome, like I would like some venom symbiote in my life that could protect me from doing some shitty decision. Urgh…we need that venom. Tapi tu lah, mampukah jiwa dan diri aku ni bertahan dalam kewujudan serentak begitu?

Well, diri ini pun sudah bingit mendengar hingar suara yang tidak berjasad. Untuk bersatu dengan creature alien seperti venom tu, mungkin tiada masalah. Mungkinlah…

Emotional pain, it hits much harder, and it lasts longer… -Venom

Korang dah tengok belum weh?

Aku tengok sebab orang belanja. Entah bila dapat belanja orang pulak kan…sokay, take your time. Ada rezeki lebih, kita ratakan pada semua yang sentiasa ada untuk kita. InysaAllah….

Ni first time aku tengok wayang selepas dunia seakan normal. Setahun lebih jugaklah tak jejak wayang ea. Review pun ke laut bhai. Venom, venom…Basically, venom ni cerita Tom Hardy. Bapak hambar sia review aku. Well, kalau korang rasa minat dengan this kind of genre, bagi aku, mustahil untuk korang tidak tontonnya lagi kan?

Kenapa kita perlu cerita superhero dalam jadual hiburan kita?

Well, semua orang ingin jadi sesuatu dalam hidup dia. Perlu pada sesuatu yang boleh menjadi pemangkin untuk terus dan kekal hidup. Misi. Purpose?

Huh…kalau kita adalah watak yang selalu menjadi collateral damage sewaktu peperangan, tidakkah itu suatu yang sadis?

Kenapa aku buat review hambar jam pagi ni dowh? Bukan kau patut tidur ke? Esok kau kerja an?

Kerja je…tapi aku tak faham, setiap kali esoknya kerja, malamnya aku mesti susah gila nak tidur. Mesti! Dia macam kau tahu kau perlu tidur sebab perlu restore tenaga, tapi mata dan otak kau seakan berbalah, end up…kau tak tahu bila kau lena. Sedar-sedar kau ada 40 minit lagi perlu bersiap. Kadang 40 minit untuk semuanya, tak cukup bhai. Berkejaran nafas tak cukup udara.

So, masih lagi nak buat review venom yang tidaklah sereview mana ni?

Hurm…okaylah aku berhenti. Sambung esok. Rupanyakan, aku dah habis dah kontrak minggu ni. Asal boleh lupa dowh? Nyfanyukfuk befetufullahfah! Ah, rinfindunfunnyafya nakfak cafakapfap ffeh..

Ah, merapu dah ni. Papehal, leklok hangpa semua. Till then!

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
November 24, 2021 14:55

Best dapat tengok wayang. tunggu dia masuk di VOD rah TV lok. Haha

Scroll to Top