Salam Ramadan 1444h buat semua Muslim yang merai.
Tetamu yang paling kita rindu dan rai. Tetamu yang membawa sejuta baroqah. Ia suatu yang dinanti semua…
Alhamdulillah di kesempatan ini kita diberi peluang untuk menemui Ramadan. Alhamdulillah syukur diberi peluang untuk perbaiki segala khilaf. Kadang kita tahu di bulan syaitan dirantai, iblis diikat ini satu-satunya yang tinggal adalah nafsu.
Allah, bantulah kami menundukkan nafsu kami di bulan yang mulia ini. Amin…
Well, aku pun masih belum merasa lagi puasa sebab Allah bagi cuti. InsyaAllah ada rezeki kita raya awal. Tapi nak menggantinya ya Allah liat naudzubillah…
Seronok tengok orang berkongsi pengalaman masing-masong merai ramadan. Terhibur juga baca…
Aku?
Macam biasalah puasa ni…sahur, masak makanan berbuka, berjimat dalam belanja. Tiada persiapan raya, hanya menghitung hari berlalu sahaja.
Aku rasa sekarang aku terbela burung tanpa sengaja dekat belakang rumah. Kemain korang burung ea, bersarang menumpang tak bayar sewa. Buat bising melata.
Tapi takpelah, aku pun malas jugak nak kisah. Dua tiga hari ni panasnya lain macam. Lepas tu hujan tiba-tiba. Kadang aku sendiri confused bhai.
Sekarang cuaca sukar nak diramal. Borak pasal cuaca pulak aku ni. hahahah
Aku pun syukur sebab dapat bebas dari semua serabut. Tapi kena kerja keras untuk fokus hala hidup sendiri. Ramadan sebuah hijrah kerjaya. Doakan aku dapat gapai setiap impian darinya.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan yang baik-baik hendakNya.
Selamat merai Ramadan gais!
Till then. Adios!