Search
Close this search box.
crescent, moon, balloon-4875339.jpg

Shamaldas Chanchad

Tadi leka aku mendesign projek Diari Ramadhan aku lupa yang aku tengah masak inti karipap. Sikit lagi nak hangus bhai! Kuss semengat!

Itulah dia kalau aku masuk zon khusyuk, aku memang lupa dunia luar semua. Heeee

Aku rasa tahun ni adalah tahun di mana aku hanya hiburkan diri dengan bersendiri. Buat hobi sendiri, tonton series, masak, kemas rumah, pergi kerja dan teruskan menggapai impian. ^_^

Syukur giler sebab aku banyak belajar dari pengalaman tentang kesendirian. Kadang aku jeles pada orang yang ramai kawan, banyak circle, kenal semua orang…dapat kawan yang supportive, yang bersemangat…tapi bila sampai pada aku, aku hanya seorang yang terhegeh pada orang lain. Dan bila aku sedar perihal ni, aku berhenti…

Aku sedar letak diri aku…

Aku mula menjauh dan kurangkan interaksi. Sebab aku tahu aku terlalu kisah pada orang buat dorang menyampah barangkali dan seorang pun tiada kisahkan kita,…maka aku undur diri. Sama seperti bagaimana Shamaldas Chanchad tidak kisahkan pada ramainya kawan.

Aku tahu, aku je yang sibuk cerita tentang kawan-kawan dekat sini. Dah berapa entri hanya tentang dorang, tapi satu respon pun ga punya…

Sedarlah duhai diri….

Hahaha

ya…sakit bukan…

Iya nyata sakit…abaikan perkara yang kita tidak boleh ubah.

Kita ada hanya kita.

Aku ada cuma kamu.

Kadang tu aku rasa, baiklah aku duduk lagi menjauh dari semua. Hahahahaahah

Takdelah aku overthink macam ni. Bina hidup baru. Hidup yang kita mahu…

InsyaAllah…

Aku akan berjaya.

Kita akan berjaya. Kerja keras dahulu, abaikan pada mereka yang buat kita rasa begini, terima kasih jua ya buat aku begini…

Terima kasih jua atas memori yang sudah…

Terima kasih ya…

Fasa kemudian mungkin kita hanya tinggal seperti lagu Gotye.

Yeah….agak kecewa jua. Tapi gapapa sih, aku sudah biasa…

Semoga urusan kalian dipermudahkan dan aku doa kejayaan dunia akhirat. Itu saja ya…

Kita ga kekal untuk selamanya kerna selamanya tidak pernah wujud.

Selamanya punya tarikh luput.

Selamanya kan pupus…

Yang ada hanya aku dan kamu…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top