Bicara Masa

Bicara soal masa, banyak-banyak masa yang paling aku suka adalah masa belajar. Sebab?

  1. dunia belajar itu sendiri
  2. kawan
  3. segalanya privilege
  4. fleksible
  5. istilah kelas cancel, tunda dan tangguh!!!! — syurga untuk pelajar

Tapi, bila dah habis belajar…kau tak boleh nak harapkan dunia masa itu diputar atau kekal sama ditakuk tu. Kau kena berubah….kau kena bekerja dan kau punya masa bukan lagi sefleksible yang kau hendak.

Apa sebenarnya yang buat masa kita itu berharga?

  • berkumpul bersama orang yang kita sayang
  • belajar
  • menghargai setiap kehidupan

Minggu depan adalah suatu minggu yang bagi aku minggu ke laut. Sebab maklumlah itulah minggu yang buat julung kalinya kitaorang raikan anniversary umi ayah. Yang paling eksited adalah dapat kumpul adik beradik. Dah lama gile tak jumpa macam tu. Sejak masing-masing ada family, payah benar nak tengok muka semua ada….

Itulah dia masa yang paling susah nak dapat bila kau bergelar manusia yang bekerja. Lagi-lagi kerja makan  gaji…baru masuk dua bulan kerja dah rasa tepu heh? hahahahaha

itu belum masuk tahun…#prayforsofie

So, aku pun tunda podcast minggu ni…bagi peluang betulkan balik lensa yang terpecah hari tu. Entah ada something yang ter-demotivated buat aku tadak semangat…papehal, bila wujud sesuatu yang paradox,…aku rasa sehari cave in memang tidak cukup.

Papehal syukur selalu….

Kongsi 

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top