Minggu COVID ni memang betullah boleh buat banyak benda kita fikir. Dari pilihan hidup, cara hidup, dan persoalan paling banyak ditanya adalah; ‘What I’ve done to my life???’
Dan menjerlus ke pelbagai persoalan seperti:
- Betulkah tindakan aku selama buat keputusan?
- Betulkah dengan berhati-hati dalam persiaga dapat menjayakan keputusan?
- Itu tak masuk lagi persoalan tentang kerja sekarang. Misalnya;
- Betulkah aku seronok kerja dengan orang lain secara sepenuh masa?
- Betulkah tindakan aku dengan terlalu out performance sampai sedikit demi sedikit job scope aku meluas?
- Paling tak sangka sekali, aku fikir untuk berhenti kerja……
Mungkin sebab aku tak betah dengan arahan dan kerja dengan orang? Atau sebab aku takde authority kebebasan mutlak milik aku sendiri?
Jujurnya, dilema ni makin hari seolah makan diri dan aku tak tahu samada ini COVID berfikir atau sebab aku dapat hidup dalam mimpi bila kerja sendiri??
Mungkin kerja dengan orang boleh dapat recognition dan perlu berhadapan dengan orang. Bimbing mereka, asuh sehingga dapat jadi usahawan berjaya. Tapi, aku ni jenis tak betah nak ajar orang, guide orang, tapi sebenarnya aku sendiri tak buat. Lama kelamaan dia akan jadi ketagih tau bila kau ajar orang tapi kau sendiri tak buat….
See, aku dah start mencipta pelbagai alasan untuk tidak bertanggunjawab dengan segala tindakan. Argh! I really hate my whole decision dalam tahun 2020 sekarang. Rasa macam desperately depress pun ada…bodoh telah lagi….hurghhhh
Perkara tak logik 1/2020: Kau apply kerja semberono
Perkara tak logik 2/2020: Kau dapat kerja
Perkara tak logik 3/2020: Kau pilih untuk BEKERJA makan gaji!
Perkara tak logik 4/2020: Kau rasa selamat dengan makan gaji? instead of kerja sendiri?
Perkara tak logik 5/2020: Kau cuba bagi peluang
Perkara tak logik 6/2020: Kau patah semangat untuk hidup hanya kerana peluang bodoh (lagi???)
Perkara tak logik 7/2020: Kau mula persoal tujuan kerja makan gaji? Adakah aku diperguna atau aku memang tak reti nilai diri sendiri?
Perkara tak logik 8/2020: Kau berharap kau punya kekuatan untuk berhenti kerja makan gaji dan memilih untuk berdikari. Tapi kau takut!
Perkara tak logik 9/2020: Kau pilih untuk sambung belajar separuh masa untuk second degree???? (What the heck???)
Perkara tak logik 10/2020: Here comes the second thought yang sebenar….aku nak berhenti kerja!
Dan senarai perkara tak logik bagi tahun 2020 ini terus bercambah dari detik ke detik….sampai aku rasa macam malas gila nak hadap dunia luar. Lebih rela terperuk dalam rumah (Di mana secara jujurnya aku sangat bersyukur dengan perintah wajib #stayathome dan aku berharap jangka masa itu dipanjangkan….)
Kau nampak tak?
Ke dah buta??
Ya Allah aku rindu nak duduk terperuk dalam rumah tanpa perlu rungsing apa-apa. Pasal duit, insuran, roadtax, servis kereta, segala macam bil…haila…..aku rindu zaman lifeless….hahahah (inilah yang dikata perkara tak logik n/2020)
Aku tak rasa yang aku akan kerja lama. Oh ya untuk korang yang tanya aku kerja apa?
Aku kerja sebagai salah seorang exec pembangunan perniagaan. That’s a lot of development yang kena buat. Bukan setakat tolong orang yang berminat jadi usahawan untuk menjadi usahawan, tapi turut menjadi perantara industri dan juga institusi pendidikan. Kotlah ada diantara korang yang baca ni nak kembangkan bisnes dalam industri percetakan, roger aku. Aku sedia guide korang dari zero to hero….takde modal? jangan risau, itu pun aku akan ajar. Powerkan?
Malangnya, sekarang ni separuh dari jiwa aku kata, aku kena kerja kat situ at least setahun atau tiga tahun untuk gali pengalaman. Tapi, separuh dari jiwa aku dah mula memberontak untuk tinggalkan dunia tu. Ergh!!!!
Betullah quote yang cakap; Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Haa inilah dalih yang aku sedang cipta. Inilah bahaya bila kau letak potensi masa hadapan kau di tangan orang yang lebih nampak potensi masa hadapan kau. Seolah kau perjudi masa hadapan kau sendiri.
So, terjun atau tahan? Korek atau tinggal separuh jalan?
Persoalan: apa yang akan berlaku kalau aku stay? and what the worst could happen if I left?
Jadi, aku biarkan persoalan ini tergantung dengan layan series yang berjuta minit dan baca satu dua buku self help… Bila series tu habis dan buku tu aku hadam, aku harap aku dapat figure out hidup aku dari situ. Harapnya begitulah….
Kenapa kau suka kompleks-kan pemikiran dan pilihan dengan mencipta pelbagai kemungkinan????? God, I really hate myself right now…..dah lah….papehal nanti aku update lah keserabutan hidup sebagai seorang sofie kat sini.
Kepada Asgardian, semoga aku dapat pulang ke planet sana. Paling tidak, bagilah aku jumper untuk balik ke Pluto. (Planet yang aku percaya tempat asal aku since 2004). Sesungguhnya aku tak faham delima perkara tak logik ini. Penyu atau naga? Susah nak kata….
#pencintastayathome