Hari ni dah masuk dua Muharram 1438H.
Dua hari berturut semalam aku ada PDS (Pemantapan Destini Siswa) dan ya, aku dah pergi Puncak Alam.
Hari ni, baru aku ada peluang untuk ‘me time’. Dua minggu selepas cuti seminggu hari tu, memang terasa hidup dalam fast lane. (Welcome to the real Rat Race sofie!)
Cuti Muharram.
Kawan aku ajak jadi tourist guide. Ajar dia cara pergi ke KLIA. Sebab menurut beliau, dia tak nak menyusahkan orang setiap kali nak balik Langkawi menggunakan kapal terbang Air Asia, ataupun MAS airlines. So, aku terima tawaran dia.
Plus, aku pun banyak lagi benda yang perlu diteroka. Misalnya, menajamkan lagi pemikiran dan mata dengan keadaan sekeliling.
Done!
Aku dapat rasakan pengaruh penulisan aku kali ini disebabkan novel ‘Awak Sungguh “Perfect”‘. Malam tadi, aku khatamkan novel tu, yang sepatutnya aku baca masa cuti sem or mid-sem nanti. Disebabkan curiosity itu membunuh, jadi, aku tewas.
Novel ni jadi peneman boring aku kalau penceramah PDS tu ‘agak boring’. (mendengar ceramah untuk dua hari berturut-turut itu sangat memenatkan minda T_T…) Yup! memang semua orang yang baca title tu akan mencebik…dan berkata…
“Uish, tajuk novel zaman sekarang…semua lebih kurang je…”
sambil memandang sinis pada novel yang aku pegang. Sungguh, pandangan itu membuatkan aku rasa kredibiliti penulis yang aku sanjung itu bagai dipandang lekeh. Aku kurang gemar rasa tu…dan jika anda bukanlah penggemar novel, atau membaca atau anda gemar membaca tetapi tidak kisah siapa penulisnya, anda tidak layak untuk menilai.
Nurul Syahida aka kak shai adalah satu-satunya penulis yang aku sanjung penulisan beliau selain daripada RAM, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Aisya Sofea, Pingu Toha, Noor Suraya dan penulis otai yang lain.
Maka aku terangkan pada mereka.
“Kalau ikut saya, memang saya tak suka semua novel kat pasaran sekarang. Tapi, disebabkan saya dah lama menanti karya terbaru penulis ni jadi bila saya dapat tahu ada novel terbaru dari beliau, secara automatiknya saya akan berusaha untuk dapatkan! Dan saya hanya akan membeli novel dari penulis yang berjaya membuat saya hidup dalam dunia novel mereka…”
dengan bersungguh aku cerita.
“Siapa penulis tu?”
“Ala, penulis yang cipta watak Pyan…”
lagi berkerut dahi diorang lagi adalah.
Mana yang tahu, faham…yang tak tahu, diam dan angguk.
Aku tak rasa orang akan faham. Aku tak minta diorang tahu atau kenal atau paksa diorang baca semua karya beliau. Lain orang lain citarasa. Aku suka penulisan dia sebab rasa dekat dengan masyarakat sekeliling. Watak yang bukan dipelopori oleh semua bangsawan yang menyebabkan aku rasa rekaan cerita dia melampau-lampau.
Tak.
Nurul Syahida adalah penulis yang menyebabkan aku minat sejarah, sejarah politik dunia, perang, oldies dan jadi diri aku sekarang. Novel dia, wujud masa aku alami krisis identiti.
Awak sungguh “perfect”
Bukan cerita tentang kesempurnaan. Tapi, kesederhanaan.
Okaylah, kalau aku tanya soalan kepada para peminat novel diluar sana;
“Watak novel apakah yang berjaya membuatkan korang lemas dalam cerita mereka? sehingga bila dah habis baca novel tu, baru korang dapat udara…”
Jawapan aku: Uth.
Aku minat pyan, tapi Uth buat aku lemas dan sesak nafas.
Uth buat aku jadi overthinker.
Pyan buat aku nak mencari manusia semacam dia.
Uth, buat aku jadi macam dia.
Uth. Uth watak ciptaan Pingu Toha.
Pyan, rekaan Nurul Syahida.
Sunan,…idola aku untuk menjadi terbaik…
Sunan, buat aku malu sendiri.
Cuti Muharram dan Awak Sungguh “Perfect”
Cuti Muharram aku berjaya habiskan membaca Awak Sungguh “Perfect”. Berbaloi untuk dimiliki. Buat aku kurang rasa takut dengan kucing. Entah sejak bila takut kucing tah…Dia bukan takut, tapi geli..teringat zaman dedulu aku pernah tercampakkan kucing bila sorang kawan aku letakkan kucing tu dekat riba aku tanpa aku perasan. Tindakan reflect!
Dan kucing tu jadi mangsa keadaan..hahahahhaha kesian kau kucing….-maafkan aku kucing..*_*…
Cerita fresh hari ini. Thanks guys sudi baca walau aku tak sempat lagi balas komen korang. All the best untuk semua dan Salam Muharram 1438H. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. ^_^
p/s: yang baru follow blog ni, terima kasih sudi jenguk and follow sini. Korang boleh tinggalkan link untuk aku follow korang balik 🙂
salam muharram too yana! 😀
mai sini na… ^_^
Samalah saya pun baca novel yg betul2 suka je..kalau idak…memang dah lama tinggalkan dunia novel ni… 😀
Salam maal Hijrah too! 🙂
haaah…entahlah nina…sebab dia undescribe feeling gitu…dia sederhana saja, tapi bagi kita ia sudah cukup sempurna…
yeay!!! samalah kita siqah…suka baca author yang kita betul suka je… 🙂
nurul syahida lah kim chaa ^_^! marah nanti penulis dia salah nama…hehehehhehe
haa…kena baca..tak baca tak rugi, tapi tu lah…tak best…
haah…best sangat!!! 😀 *sambil mata juling ke atas dan tgn ke bahu*
salam muharram sofie;)
bak mai, nak pinjam~ hehe
huhu dh lama xbaca novel. mcm best je 🙂
http://puannurulidris.blogspot.my/
Salam Maal Hijrah 1438 =)
teringin nak tahu apa kesederhanaan dalam 'perfect' yg dimaksudkan. 😀
hanisamanina.com
Siqah suka membaca juga. Pilihan novel yang siqah beli biasa daripada author yang siqah suka dan rekomen daripada orang lain ?
Macam berminat pulak nak baca novel nurul syuhada. Saya tak pernah lg baca karya dia. Arggghhhh .. habis lg duit nak beli buku cerita.
Awak dtg puncak alam???? Kita dkt sini haaaaa.? best tak pmds ? Kikiki