Aku tak tahulah kenapa aku perlu cerita, tapi aku rasa sebab dia cerita lawak yang paling epik dalam hidup aku, so aku rasa ianya patut dicerita.
Cerita dia bermula macam ni.
Aku dengan adik aku, selalu rasa simpati giler dengan penjual jambu/mangga yang ada dekat setiap traffic light tau. Kadang setiap kali nak beli, mesti lampu hijaulah, tak dan nak berhentilah, ada je sebab lain.
Pastu, bila takde duit, tiber lampu merah lama pulak, dorang pun lalu dekat tepilah, apalah. Sakit pulak hati aku.
Dan nak dijadikan cerita, balik dari beli makanan tengahari kelmarin, kitaorang beli satu bekas ‘jambu’. Memang happylah, sebab dapat jugak beli, akhirnya.
Aku time tu, memang kind of out. Takde mood, sebab ada hal yang aku memang tengah rungsingkan giler masa tu. Tak fokus otak aku seharian. Memang tak fokus!
Balik tu, aku makan tak berapa nak lalu, adik aku penat dah suruh makan, makan pun macam main nasi dah aku ni. End up, nasik tu dibawa makan malam.
Lepas makan tengahari tu, kitaorang lepak bilik masing-masing. Biasalah, weekend kan, mestilah nak ada space sendiri. Pastu lepas asar, tiber lapar.
Bawaklah keluar ‘jambu’ yang dibeli tadi. Makan dengan penuh selera lah nak katanya.
Aku masa tu, macam tak puas hatilah dengan ‘jambu’ yang dimakan;
‘Asal rasa dia tak sama macam dulu?’
tapi mulut still gap-ngap makan cicah bagai. Sambil borak benda apa yang dirungsingkan. Dan tak habis pun makan, kitaorang simpan dalam peti ais semula.
Esoknya, Isnin.
Lepas masing-masing balik dari kerja, refreshing, solat semua, makanlah malam. Masa dah habis makan malam tu, adik aku cakaplah,
“Kau tahu tak ‘jambu’ yang kita makan semalam sebenarnya ‘mangga’?” aku dengan muka blurnya hanya keluar respon ‘ha?’. Literally tercengang,terpana dan baru sedar.
Baru sedar jambu yang dimakan semalam adalah mangga!
Selepas 24 jam aku makan, dah tak ingat apa, aku baru sedar yang jambu itu mangga! Baru sedar??!!
Dan masa tu memang otak baru sedar dengan setiap teka teki yang menjadi tanda tanya.
Padahal masa makan, aku nampak warna kuning mangga tu, siap ada urat lagi yang aku keluarkan dekat celah gigi. Mana ada jambu batu ada urat. Tapi, nak katanya betapa sel-sel otak dah tak berhubung buat aku baru sedar ianya adalah mangga selepas 24 jam!
Itupun setelah diberitahu yang jambu itu mangga!
Ya Allah, masa tu kitaorang berdekah gelak selama 5 minit lamanya!!!
5 minit bhai, even hari ni pun kitaorang dah tak boleh tengok peniaga jambu/mangga dekat traffic light. Rasa macam, bapak r, otak ni bila fikir barang tu, dah tak nampak hakikat!
Hakikat yang jambu itu mangga semua hilang sebab terlalu fikirkan ianya adalah jambu. Tak tahulah kena sumpah ke apa, tapi serius aku cakap, memang aku tak sedar ia mangga sehingga diberitahu.
Kalau ada cctv yang rekod perbualan kitaorang masa tu, memang boleh nampaklah muka tercengang ‘the moment of realization’ dekat situ.
Serius dowh, kitaorang lepas habis gelak tu, aku boleh cakap yang ‘habis orang menangis keluar air mata’, padahal nak cakap ‘habis gelak sampai keluar air mata’. Sambung lagi gelak, sebab memanglah menangis keluar air matakan?
Adoyai!!!! Habis semalaman gelak. Ya Allah, memang epik sia lawak jambu mangga kitaorang. 24 jam baru sedar tu. Baru sedar yang jambu itu mangga!
Allah, tak tahu nak kata pa dah.
Sakit perut, rahang semua sebab gelak lama sangat.
So, aku simpanlah lawak epik tu dekat sini. Kotlah, bila masa depan aku baca balik, adalah bukti yang otak ni, bila kita set benda itu perkara itu, maka kita pun akan pandang ianya begitu. Dasyat tak dasyat…
Dan persepsi kita untuk terima pada hakikat perlu pada kenyataan. Baru kita sedar, yang otak ni terlalu bias.
Jadi…sekian saja tazkirah epik lawak jambu oh mangga aku. Papehal, stay safe gais. Aku dah tepu tambah tak betul sejak dah lama sangat PKP semua. Sampai mereng pun kian ketara…
Doalah sesama agar kita diperkuatkan jiwa untuk hadap dunia ni. Bendera putih bendera hijau, aku penat hidup tapi tarik nyawa bukan jawapan.
Maka, hadaplah dengan berharap semuakan berakhir….