Search
Close this search box.
flower, red, peace-4774929.jpg

Lagi bermenung tentang apa…

Kadang ada banyak cerita kita nak kongsikan pada orang, pada kawan, pada semua….berialah kita menaip dengan bersemangat…tapi bila dibaca semula, kita lebih memilih untuk batalkan segala hasrat. Lantas wudhu diambil dan terus bermunajat, bercerita pada Dia instead of mereka…

Fasa hidup dimana kau lebih selesa untuk mengadu pada Dia. Untuk tidak melatah saat diperkata oleh manusia…

Semakin hari kepercayaan kau pada manusia kian tipis. Sukar benar mahu dipercaya. Lelah jua mahu dengar kata orang.

“Cuba itu…”

“Cubalah begini…”

“Cuba jangan…”

Penat.

Kadang yang aku mahu hanya tenang dan biarkan kehidupan ini berjalan seperti apa yang telah sedia jalan. Tidak lagi mengia. Tidak lagi menolak.

Hanya ikut pada alurnya.

Bukan kerana mereka, bukan kerana sesiapa.

Kerana ini jalan hidup yang sedia tertulis.

Lagi bermenung tentang apa?

Tentang kehidupan memang banyak cerita hendak dimenung.

Ada yang buat kita tersenyum, ada yang buat kita berdecit mengeluh.

Untuk apa lagi dikesal, benda sudah berlaku. Let by gone, be by gone kata mereka. Aku iya kan aja.

Mei tahun ini menjadi penamat kisah persahabatan yang kita pernah pegang. Mungkin sebab kesal terlalu baik atau sebab terlalu ada. Bila sering ada orang mudah lupa.

Aku doakan yang baik-baik buat kalian. Terima kasih atas segala kenangan.

Okaylah geng, banyak hal lagi tentang hidup ni kita perlu fokus. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kecukupan dunia akhirat. Aminnn

Till then!

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top