Search
Close this search box.
Dunia Tau Fu Fa

Dunia Tau Fu Fa

Pesanan penulis:

Ini bukan entri mengenai sejarah tau fu fa mahupun cara menghasilkan tau fu fa. Ia adalah metafora kepada gambaran kehidupan dunia hari ini.

********

Kondisi dunia hari ini tak ubah seperti tau fu fa yang dimakan menggunakan chopstick...” katanya sambil menghirup air soya.

Aku termangu. ‘Ada ke manusia yang makan benda tu dengan chopstick?’

“Takde. Sebab kau hanya akan hancurkan kecantikkan tekstur tau fu fa…”

2020 yang dikhabar dengan pelbagai kemodenan akan menakluk dunia seperti yang digemburkan 20 tahun lalu kini tinggal kengerian dan ketakuan yang menyelubungi penduduk Bumi. Pembukanya saja sudah kecoh dengan isu kebakaran hutan di Australia, Corona Virus, gempa bumi, banjir, isu kematian Ashraf Sinclair, Abam bocey dan hanya Tuhan saja tahu apa yang akan dan bakal berlaku pada sisa dunia hari ni…

Itu belum lagi di senaraikan ketidakstabilan isu politik di Malaysia. Pening!

Betullah kata orang dahulu kala, manusia hanya mampu merancang. Yang memberi keizinan itu hanya Tuhan. Kurang dari 48 hari lagi kita puasa. Biasa time puasa, automatik kita akan ada bazar. Itu pun tak tahu macam mana sambutan bazar tahun ni.

Persoalan, adakah COVID menjadi punca kesemua pergerakan dunia? Tak pernah-pernah tanah suci sunyi sehening hari ini…tiba-tiba ia kosong dan sepi.

Mungkin entri kali ni tak ubah seperti pengulas berita. Aku pun tak tahu apa angin yang melanda sampai aku jadi klon Clark Kent. Hahahaha….alhamdulillah, sebagai seorang manusia yang memang suka melakukan aktiviti dalam rumah tak terasa beban bila diwartakan untuk kurangkan aktiviti luar rumah.

Minggu ni jugak aku akan aktifkan semula projek podcast Orang selepas sebulan tergendala. Kononnya memberi ruang pada detox alam maya. So adakah detox itu perlu? yup, ia sangat diperlukan untuk membetulkan presepsi hidup. Korang dengar je lah apa isu dia. Mungkin sekitar isu yang sedia maklum, atau beberapa update hidup Orang dan falsafahnya…

Aku dah lama tak berfalsafah…huhuhuhu bila dah lama diperap, teori itu jadi basi..so, sebelum aku merepek lebih banyak, baiklah aku hentikan penulisan merapu ni.

Jaga diri, jaga kesihatan, yang paling penting sentiasa muhasabah diri…pesanan untuk aku sendiri jugak yang dah jauh dari Tuhan…benda yang paling takut adalah bila kita tak walk the talk…salah satu sebab aku detox dari alam maya….

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top