Search
Close this search box.
chocolate, truffles, confectionery-8499837.jpg

Terima Kasih Tinta…

Alhamdulillah masih dipertemukan dengan bulan Rejab 1445H.

Bercampur aduk emosi ni ha. Kejap sedih, gembira, terharu, semua rasa memang sekaligus datang membuatkan aku pilih untuk numb.

Dengan isu Palestin yang masih lagi di ambang yang terang lagi bersuluh ia adalah genocide membuatkan aku rasa syukur ke Hadrat Ilahi atas segala kurnia.

Kadang, ada perkara kita selalu ambil mudah. Taking for granted kata omputih. Macam aku lah. Ada perkara aku pandang pada prinsip. Ada perkara aku redah langgar dinding tanpa toleh pada keliling.

Menyesalkah aku kelak? – InsyaAllah tidak.

Bersiaga kata orang. Mungkin langkah aku ini walau bukan langkah London atau Langkah Cheraton, tapi langkah yang buat aku rasa lebih baik tidak lagi melangkah.

Baik terus terjunam dari menapak yang penuh hati-hati. Kadang tetap jua sakit.

Jadinya, buat tinta…terima kasih kerana masih ada. Pada aku yang jarang bercerita sekian dewasa, namun kau tetap sentiasa ada.

Punya aksara untuk dijadi cerita.

Pada 2024 yang baru 14 hari berlalu, kau tetap aku coret menjadi memori kedewasaan yang indah.

Macam tak sangka dan masih tidak jangka ianya berlalu.

Berlalu seolah kita tidak pernah lalui setiap detik darinya. Walhal, kita punya memori bersama.

‘Kering hati kau roy…’

Iya…sudah lama tidak bersiram, kini ia hanya mekar pada sesuatu yang layaknya ia mekar. Tidak lagi suram dan layu mahupun mati. Cuma lebih bersikap tertutup.

Pada apa lagi kehidupan kita?

Tidak lagi berkisah rakan mahupun taulan.

Tidak lagi berkisah orang itu lebih cemerlang mahupun hidup aku lebih gemilang…

Ia kini lebih bersikap, semoga semuanya baik-baik hendaknya.

Aku tidak lagi mahu tahu kisah tentangmu dan kamu juga tidak berbaloi untuk ku jadikan tempat bercerita. Semudah itu kita ya?

Terima kasih tinta,

Terima kasih kerana masih bersama.

Bersama dalam mengeksperesi rasa….

Mungkin rasaku ini tidak valid untuk kamu, mungkin jua rasaku ini hanya mendatangkan kebencian yang lebih dalam dirimu….

Namun aku tidak lagi gentar. Tidak lagi merasa seperti diawasi mata-mata selain tenteraNya…

Aku jelak mahu berjengket….

Cukup sekadar segalanya sudah diberitahu. Dan apa-apa selepasnya, terserah pada Dia.

Semoga semuanya dipermudahkan….amin….

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ana mizu
ana mizu
January 15, 2024 15:22

moga terus diberi kekuatan SA!

Scroll to Top