Blog Header

Minggu kedua Ramadan

pushkinie, dwarf hyacinth, squill-like-7873789.jpg

Alhamdulillah berjumpa dengan minggu kedua Ramadan. Secara tidak langusng minggu kedua aku sebagai Jobseeker jugak.

Seronok betul dapat bersantai menyambut Ramadan. Nak pulak time ni sakit gigi. Tahan sajalah sakitnya. Aku ni dari hari tu kata nak buat donut Khairul Aming. Masalahnya nak pergi beli barang bawah nu pergh malas naudzubillah. Doakanlah aku rajin ni. Ada bulan puasa penyakit malas semakin menjadi. Buat sesia je puasa.

Aiguu…

Itulah, kadang aku ni memang kena paksa diri sikit bila terlalu banyak masa lapang. Lupa dah matlamat hidup. Pantang betullah.

Ah, takde lepas zohor nanti aku kena turun, beli barang. Jangan dilayan sangat penyakit malas malaun kau ni. Takleh jadi dowh. Kerja asyik nak santai je, lemak deyy!

Macam sekarang, aku tengah lipat baju boleh pulak pause sebab nak bebel dekat sini. Kadang rasa macam geram dengan diri sendiri. Geram sebab terlalu lemau dalam menghadap hidup.

Ikut pada aku ni, dah malas nak hadap hidup sebenarnya. Penat…

Tapi tu lah…masih jugak disini, harungi kehidupan. Tahu tak perasaan tu…perasaan kenapa aku masih disini…hidup ?

Heh?

Manalah semangat hidup aku ni ya Tuhan?

Ke sebab sekarang, bila semua dah dewasa, semua dah bawak haluan masing-masing, kau rasa kau stuck? hahahaha

Lemah betullah jiwa ni…mungkin sebab dulu dah all out bukan pada usianya buat aku malas dah nak hadap hidup. Ada apa pada kesusahan jika segalanya hanya semakin menyusahkan? Apa bendalah aku ni pesimis sungguh!

Ketuk kepala tu baru tahu. Penat dowh nak motivasikan diri sendiri. Jawapan dia kau just keep going. Just do it…keep moving, keep learning and living.

Itu je jawapan dia. Penuhkan hidup dengan rasa BerTuhan, rasa hamba.

Bunyi macam simplekan, tapi nak hadap dia, berhari weh aku lemau nak bangun tak bersemangat. Rasa macam nak je ambil jalan singkat. Haishh…

Betapa lemah jiwa aku ni sampai ke tahap tu…

Syukurlah…syukurlah. Lebihkan rasa bersyukur tu…jangan terlalu ikut perasaan. Tenang saja anak muda…senyumlah. Kau tu cukup je hidup. Syukur tu kurang sangat sampai buat hidup kau tak keruan. Yelah….sapelah tak jeles kan. Tapi, takpe…mungkin ada rezeki lain buat kita.

Jalan kita tak sama….kadang makin sunyi jalannya. Sedih pun ya, terkilan pun ya…

Rasa macam…tak berguna pun ya.

Aku tak boleh macam ni. Ni dah minggu kedua Ramadan, masih lagi kau tak belajar ambil hikmah, rugilah Ramadan. Hurmm…

Hidup untuk akhirat. Hidup untuk alam sana. Aku tetap hilang. Tetap hilang…

Dunia ini hanya sebuah pinjaman. Segalanya hanya pinjaman. Kau kena sedar dan jangan terlalu lemas dalam arus dunia ni. Macam mana pun kau cuba, kalau Tuhan kata itu bukan untuk kau, kau kena redha. Sedia sentiasa harapan kau pada Tuhan…

Sakitkan?

Hahahaha biasalah tu…tak sakit tak hidup.

Dahlah aku bebel kat sini. Baiklah habiskan lipat segala dak pakaian, sedia untuk Zohor dan mengadu pada Tuhan. Bersyukur tu lebihkan lagi.

Till then…

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top