Kabare kalian semua yang masih bernafas sehingga detik ini.
Aku cuba untuk tak guna bahasa basi pembuka setiap bulan, sebab sekarang masa dalam cepat pun kadang terasa ada lambatnya. Dalam lambat pun terasa cepatnya. Begitulah situasi masa zaman sekarang.
Walaupun pembuka Julai tidaklah begitu indah seperti yang dijangka (tapi memang boleh jangka pun), aku tetap amalkan gaya hidup yang boleh membantu membina kredibiliti diri.
Alang-alang musim perap dirumah, semua benda dari rumah ni, ada baiknya kita cabar diri untuk bina habit baru, ye dak?
So, bermula 1 Julai lalu, aku dah bertekad untuk:
- Capai 40Kg pada awal Muharram 1443H
- Baca 4 buah buku sebulan
- Writing in English (ah yang ni paling mencabar sekali!)
- Setup content sebulan awal bagi podcast baru.
Sejak terlalu lama sangat hidup selesa, tak bersenam, malas dan sebagainya enam bulan lalu, berat aku mendadak gila naik. Biasa kekal je dekat 45, sekarang tambah 5! Gila betol!
Pastu, misi sekarang nak bagi turunlah 10Kg terus dan berusaha sampai dapat 40Kg!
Untuk buku pulak, setakat ni, aku berjaya habiskan dua buah buku sebulan. Maklumlah bahan yang dibaca semua kena hadam kaw-kaw, bukannya buku novel atau bacaan ringan. Tapi takpa, kita usahakan juga untuk capai 4 buah buku untuk sebulan.
Yang tulis english tu buat masa sekarang untuk journal personal diari aku saja aku praktis dulu. Alhamdulillah ada peningkatan. Kau tu bukan tak tahu, tak praktis tu masalah dia. Jadi, lepas ni, mungkin blog ni pun akan slow-slow ke English lah kot. ahahaha
Pastu, insyaAllah sofieadie buat podcast lagi!!!!!
Aku takleh r tengok mic aku terbiar sepi begitu, setahun dah kot aku tak borak dekat mic tu…makanya, nantikan podcast aku akan datang!
Itu saja cerita untuk hari ni. Banyak lagi habit baru yang aku cuba dan belajar untuk develop, istiqomah dan sebagainya. Moga ia menjadi suatu pemangkin untuk lebih yakin dalam mengharungi cabaran mendatang.
Ayuh sahut seruan mengamalkan gaya hidup sihat. Tubuh cergas, otak cerdas!
All the best!