Hijrah 1442

Terlalu lambat untuk diucapkan Salam Maal Hijrah 1442. Tapi, takpelah…aku ucapkan jugak bagi wakil blog ni. Biar Muharram nak habis dah pun.😅

So, sejak dua menjak ketiadaan laptop ni kosentrasi untuk update blog kian hambar. Aku pun tak taulah kehambaran penulisan turut terjejas ke tidak. Macam iya, macam tidak.

Hijrah baru ni aku raikan di Tanah Miri. Sampai bila aku bermastautin disini aku pun masih tak pasti. Mungkin sampai aku betul-betul berjaya realisasikan impian. Mungkin…siapa tahu.

Aku ni sebenarnya jenis manusia suka lari dari komitmen yang kabur. Asal dengar kata komited…aku jadi cam gelabah ayam tak keruan. Padahal benda tu aku boleh je buat…tapi tu lah….kerja lari je tahu…hahaha

Jadi kali ni, projek ni aku cuba untuk tidak lari. Cuba untuk bertahan. Mana tahu jadi kenyataan kan…

Oh, seperti yang dijanjikan akhirnya aku adalah sikit keberanian untuk jadi penulis. Penulis blog tu for surelah kan…ini versi diterbit. Teringinnyalah nak ada buku sendiri yang diterbit.

Buat masa sekarang draf dan garapan tu dah separa siap. Nasib baik ada member sudi jadi pengomen tak bertauliah untuk dapatkan feedback.

Hambarnya tulisan aku…haish…

Buku tajuk apa?

Haaaaa….kena tunggulah. Ada series jugak menyusul. InsyaAllah. So bila tulis buku ni bukan satu dua kau kena fikir. Lima sepuluh kehadapan pun kau kena rancang. Supaya tahu mana arah buku tu….

Doalah semoga penutup 2020 ni disudahi dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.

Itu saja kot rapuan update aku. Takde apa yang best. Cuma doakan buku aku siap. Adios!

Till then amigos!

Content Protection by DMCA.com

Kongsi 

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top