Blog Header

Kilan

lost places, black-and-white, pforphoto-1819465.jpg

Aku jarang letak pengharapan pada manusia. Jarang…Sebab aku tahu berharap pada manusia itu sama seperti berharap diri ini untuk dikecewa. Tapi senipis mana pun harapan aku pada mereka yang bergelar manusia ini, aku tetap punya rasa terkilan…

Walhal aku tahu, aku faham dan aku cuba sabar. Tapi yang buat janjinya itu bukan aku. Aku tak suka berjanji dan aku takkan pernah membuat sebarang janji pada manusia selain aku. Kerana janji pada diri itu sudah cukup pada aku untuk aku simpan dan pegang. Tapi, janji pada manusia lain? Hurmmm….tidak sama sekali.

Aku dan janji, aku tidakkan bermain pada janji, pada tekad, pada azam…itu aku.

Perkara ini serius untuk aku.

Tidak mampu, usah janji.

Apa aku ini tunggul untuk kau jadikan sendal semata? Marahnya aku adalah diam.

Bengangnya aku adalah jeling. Aku tak suka dan aku takkan pernah suka.

Hidup ini ada prinsip. Ada jati diri. Bukan sewenang untuk mungkir.

Terkilan…ya sangat

Mungkin aku terlalu ada buat orang anggap aku ini bahan jenaka. Seolah setiap masa boleh dirunding sama. Tidak..

Aku pun punya keras kepala.

Kerap diberi muka inilah jadinya. Suka buat rasa orang lain tawar pada apa yang ada. Semakin lama semakin tinggi mungkir.

Entah apalah manusia ini…

Tidak boleh, jangan berjanji. Orang lain jua punya rencana lain. Orang lain jua punya waktu dan jadualnya sendiri. Bengang!

Ah, dunia dewasa semua orang mahu memperleceh masa. Kemudian kata, ‘Oh sorry, aku ada itu ini itu ini sekian-sekian…’

Weh, kalau masa pun tak boleh nak manage, tak payah tengok benda lainlah…

Sigh…

Kecewa. Terkilan….

Ah, sudahlah…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top