Search
Close this search box.
ufo, mountains, fantasy-1265186.jpg

Hideko…

Aku ingat dah jam 23. Tapi rupanya ada 20 minit lagi sebelum aku pilih untuk menatap buku.

Aku tak tahu apa masalah orang lain, yang penting masalah aku selesai dengan aman. Aku taknak bercampur dengan orang sebab setiap dari orang yang kita kenal akan membawa pada pemahaman masalah yang dorang hadap. Kenapa aku perlu faham akan masalah diorang walhal diorang kadang tak pernah faham apa masalah kita?

Kenapa?

Orang cakap itu teknik pengurusan masalah kendiri. Bagi aku, cukup hanya kita jaga diri dan usah terlalu damping pada orang yang tidak pernah ada saat kita perlu. Setel. Hidup ini simple…

Kadang simplenya buat kita mencari masalah. Pandai cari masalah, pandailah simpan. Setel bukan?

Kenapa nak rumitkan keadaan dan mencipta masalah yang punya jalan penyelesaian?

Ko-mu-ni-ka-si!

Dan aku di sini hanya diam. Kalau satu pihak saja yang bercakap itu bukan komunikasi, Itu hanya sesi luahan ketidak puasan hati. Dah kenapa???

Kau tak puas hati dengan aku, yang aku sedia ada sudah move on dan berlalu pergi tu dah kenapa ya?

Kenapa itu persoalan aku?

Siapa yang kau cuba untuk seru dan panggil kembali?

Siapa?

Tidak, aku tidak pernah punya rasa. Aku hanya meletak rasa pada yang aku perlu sumbangkan rasa. Pada yang sedia tawar itu, mungkin perlu diterima hakikat yang kau tidak pernah berperisa. Hebe…

Kejam?

Celah mana?

Isthikarah?

Iya.

Apa petunjuknya?

Itu rahsia. Hal aku dan Dia.

Kenapa hendak dihebah?

Diam itu jawapan.

Diam kau pada janji yang tak pernah tertunai itu mungkir namanya.

Diam aku meraih janji hanya pemerhati pada hutang kau tabur.

Kisah pulak aku…

Ya, hidup ini punya kisahnya sendiri. Kisah yang kita cuba katup serapat mungkin agar tiada yang merobek jiwa lama. Kenapa hendak ditangis segala kesal yang semakin berjauhan?

Ya, sudahlah…baiklah kita begini…

Dunia kita sudah tidak sama….Bumi yang kita diam mungkin ya, tapi arena kehidupan kita tiada simetri lagi.

*hela nafas berat*

Aku tidakkan beralah pada diri, kenapa aku harus letak harapan pada orang yang mengatakan aku cepat mengalah? Kenapa ya? Harapan aku hanya pada diri. Pada Tuhan Rabbul Izzati. Punya harapan selain Dia, hanyakan berjumpa kecewa…

Jadi, baik aku bla dan angkat kaki. Lebih banyak hidup untuk dihargai dari menghabiskan masa pada mereka yang mempersolkan nilai kendiri…

Retrograde!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top