Pagi yang tenang itu hari aku terpaksa bangun sebab perlu serivs kereta. Jarang-jarang aku dapat bangkit dari tilam dengan jayanya sejak dua menjak ni. Tak tahu simptom apa yang melanda tapi once aku dah tidur, nak bangun tu memang mujahadah giler!
Tapi, aku tetap cuba untuk berpagian. Bagi aku, setiap hari dapat bangkit dari perbaringan itu adalah satu kejayaan terbesar dalam hidup. Aku tak tahulah kalau korang macam mana. Betapa tidak bermotivasinya untuk hadapi kehidupan seharian. Walaupun kau tahu ada banyak perkara yang kau boleh sempurnakan, tapi dia semacam ada satu tembok besar yang menghalang kau daripada buat semua perkara tu. Dia semacam ada beban yang kau tak nampak.
Jangan cakap dengan aku tu semua syaitan dan iblis. Aku tahu dalam hidup ni kita kena ada sesuatu untuk dilihat, satu misi untuk disempurnakan. Well, my life doesn’t work that way. Kau nak hidup, hiduplah. Kau tak hidup pun, dunia masih berputar seperti biasa. What’s the point then?
Berbaki 48 hari lagi untuk aku cuba keluar dari perasa begini. Mungkin silap aku juga terlalu beria-ia pada benda yang tak pasti dulu. End up, kau sendiri sesat. Tapi takpe, paling kurang kau dah cuba untuk beria-ia dan bersemangat.
Selepas pada tu, aku rasa macam nak bertapa dalam gelap, atau pusing dunia barang seketika. Ambil inspirasi dan hirup persepsi baru. Terlalu lama aku menyendiri dan bermonolog sendirian kadang aku serius lupa macam mana nak berinteraksi dengan manusia. Order makanan online, beli barang online. Pergi shopping sorang. Makan pun sekadar nak tengok orang. Apa aku ni takde kawan sangat ke sampai semua masa dihabiskan sendirian?
Hurm….aku pun tak tahu. Kadang aku rasa malas nak susahkan orang. Malas nak ganggu orang. Wujudnya aku ni pun dah banyak susahkan hidup orang, telah lagi untuk senangkan. Entahlah. Pagi ke petang, rasa tu semua sama. Numbness….
Aku kan, sejak azali sampai mati, beginilah, sorang juga mengadap Ilahi. Takdenya nak panggil orang lain suruh teman. Gitu jelah. Bukan tak pandang sisi positif untuk hidup bermasyarakat. Tapi era tu dah tamat. Orang semua bawak haluan hidup masing-masing. Samada kau dibuang atau membuang orang, itu realiti. Terimalah.
Future aku? Aku rindu zaman aku boleh berangan jauh. Sekarang nak berangan semuanya jenin. Sebab itu jelah yang jadi warna bagi dunia hitam kelabu kau.
Tolonglah….tolonglah jangan terlalu pesimis begini.
Kau ingat aku tak cuba ke?
Tak. Cubaan kau terlalu minima.
Mungkin sebab aku dah sampai fasa untuk menjadi seminima mungkin. Tiada lagi impak maksima.
Aku sendiri takde idea untuk apa diteruskan hidup ini. Sekadar wujud sebab kau pengecut untuk cabut nyawa sendiri I guess…
yeah maybe…mana paling kau takut, terusan hidup sekadar hidup atau mati masuk neraka?
Hahahah soalan apa tu dowh? Opkoslah masuk neraka. Siapa nak masuk neraka dowh?
Tapi kalau hidup kau yang sekadar hidup tu tidak membawa kau ke syurga, bukan sama ke macam kau menghitung langkah untuk ke neraka?
I’m not suicidal, I don’t wanna fucking die
I just wanna be able to close my eyes and feel alright
But every day I feel like dying
Every day I feel like dying