Search
Close this search box.
environmental protection, environment, the atmosphere-683437.jpg

Hidup, Wujud & Ala Kadar…

Hidup.

Sejak hidup kian hambar, aku rasa hidup ini sekadar wujud. Tak lebih dari itu. Wujud hanya sebab kau belum bertemu dengan detik akhir.

Wujud.

Aku tahu, tak semua orang mahu wujud.

Tak semua orang suka dengan setiap yang wujud.

Dan bila wujud, bukan hak kita untuk tidak wujudkan ia. Sebab kita dah ditakdir untuk wujud dan hidup. Ah….wujudnya untuk apa lagi?

Ala Kadar.

Bila tiada suatu pun kesukaannya dulu menarik perhatian, hidupnya sekadar ala saja. Wujudnya hanya untuk….tidak terjebak dari terjerumus dengan kitaran neraka yang dijamin jika dia memilih untuk menarik hayatnya sendiri. Penat.

Hujungnya dia pekakkan saja segala hasrat dunia dan impian yang dia mahu capai. What’s the point? At the end, it doesn’t even matter….

Tak…you are matter…

Said who?!

I don’t know….us maybe…

Monolog diri yang cuba memujuk agar dia tidak berhenti dan kembali ke sifar. Ah…nil sungguh rasanya.

Apa yang buat kau berhenti? Well….Aku hanya mahu hilang dari radar.

Selamanya?

Angkat bahu. Dia pun tidak tahu hilang untuk selamanya atau sementara. Tukar nama, tukar identiti, tukar semua….

Be someone new, no one ever knows…

“Kalau aku cakap ni kau jangan judge aku pulak.”

“La….buat apa aku nak judge. Been there, done that already and still there, I guess…” Dan lirih dia mendengar sang kawan bercerita. Dia hanya menjadi telinga. Dan berharap rasa dia itu tidak lama..

“Aku kalau boleh tak nak hidup selepas 5 Oktober ni. Aku tak nak injak ke angka seterusnya…”

“Lah…apasal? 24 muda lagi kot. Budak lagi….nak kalut apa?”

“Budak mende kau? Suka hati je budakkan orang.”

“Yelah…dulu aku 24 buat apa je. Chill lah…kalut tu memang akan ada…tapi lama-lama….kau akan rasa, nah….I’m good…sokay, take your time to heal…”

Esok. Lusa. Tulat.

Aku tak tahu apa yang berlaku. Aku tak harap untuk kau pulih sekelip mata atau sehari dua. Take your time…Aku tahu aku bukanlah pakar pencegah pemikir pesimis yang bagus. Aku pesimis setiap masa. Toixc traits tanpa sedar…aku ngaku tu…

“Misi aku hidup ni simple. Aku malas masak, jadi aku order semua makanan dekat GrabFood. Bila order dekat situ dia ada points tau. Dan target aku untuk dapatkan the highest membership tier iaitu Platinum. That’s it….itu je yang buat kan aku paksa diri untuk bekerja setiap hari…”

Dan hari ni achievement dah unlocked. Aku dah berjaya menjadi Platinum member bagi Grab! Do I feel great?

Yeah. And then what?

I guess just keep our level there and not drop the level. Tu jelah….

Sebab Grab bagi aku satu rasa yang hidup ni masih lebih dari sekadar wujud. Nak melancong, entah bila tah dapat terbang. Sudahnya, berguling di tilam juga merengkok setiap hari minta ditidurkan selamanya….ah…hidup…

Hidup untuk wujud ala kadar. Who cares….

Bahagia itu tidak wujud. Ia harus dicipta….kalau aku tak nak ia tercipta, then nothing wrongs pun hidup dalam suasana hambar. Tak semua orang suka huhahuha pelangi unicorn kiri kanan…kadang kelabu awan itu juga sumber harapan….

Harapan yang hujankan menyirami hati kering yang suram merekah dek kemarau yang dingin.

So geng, aku order Baskin Robbin, dapat raih Platinum member…itu sudah cukup untuk  buat aku teruskan hidup. Ala apa pun yang aku mahu.

Be well buddies!!!!

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
October 6, 2021 01:43

Okay, moga aku juga boleh hidup hiburkan hati sendiri anak-anak dan keluar tanpa perlu fikir kata orang. Nak sendiri usaha ye dok? Gittuuu

Scroll to Top