Blog Header

The worst meet up ever!

text, letter, old-4095909.jpg

Inilah yang berlaku bila kau cuba nak bagi peluang dekat sesuatu perkara baru. Aku benci giler perasaan time tu. Bahangnya, sampai sekarang kot rasa! Siapa tak bengang oii?? Dah lah first meet kot! Aku pun tak tahu nama kau siapa, nama tempat kau pun tak pernah aku dengar, tup tup kau layan kitaorang macam tu…apa kau ingat kitaorang takde maruah ke apa? Sudahlah nak mintak tolong orang, tapi cara macam nak carik musuh baru…apa da?!

Okay, okay bertenang sofie, bawak bertenang…jangan marah…tarik nafas, lepaskan segala emosi bersama helaan yang keluar. Take a deep breath, cuba kawal emosi macam Oliver Queen handle team dia. Cuba cerita dari mula apa yang berlaku…betul ni nak tahu?

Okaylah,…cerita dia macam ni…

Satu hari tu, time aku dengan sorang kawan ni, M (bukan nama sebenar) tengah tunggu bas untuk balik ke kolej. Masa tu kitaorang baru balik dari satu event hartanah ni. Tetiba si M tu ternampak satu iklan yang mengatakan ‘Blogger needed’. Aku masa tu tak nampak pun iklan tu. Maklumlah guna marker je tulis. Pastu M cakaplah kat aku,

“Cubalah mana tahu, tu peluang kau ke apa. Ambik je nombor tu…”

pastu aku pun ikutlah apa yang dia suruh. Sebab betullah apa yang dia cakap kan.

Then, satu hari yang lain pulak, aku pun terdetik nak wassep orang tu. Tanpa aku tahu gender. Okay, mula aku assume perempuan. Dari dp wassep tu, aku dapat agaklah dia berkecimpung dalam arena kecantikan..beauty, spa, saloon gitu whateverlah!

Mula, aku ragu-ragu jugaklah. Betul ke apa yang aku buat ni? Review saloon? Kau nak ke? Hurm…adalah berhari jugak aku pikir. Urgh! Cuba ajelah, tak cuba mana nak tahukan! So, pada hari selasa lepas, pergilah aku dengan ditemani kawan yang lain.

Hint dia kasi untuk cari tempat dia adalah; ‘bertempat di atas kedai 11, tepi klinik AZ, dekat dengan H dan KP..’

Dan bila aku tanya; “apa nama kedai you?”

Dia macam tak menjawab soalan. Kat situ, adalah dalam 20 minit kitaorang mencari tempatnya. 

Disebabkan maklumat yang diberi tak clear. (Langsung!) Bila kitaorang sampai kat satu kedai 11 (yang deret dengan KP) ni, kitaorang salah tempat. Tanyalah pekerja situ, ‘kedai 11 kat sini ada berapa?’ dia jawablah empat. 

‘Yang dekat H tu dekat mana ek?’ dan pekerja tu bagilah direction dekat kitaorang. Mak aih! Jauh lagilah nampaknya tu…Dari lima bintang, aku dah tolak 2. 

  1. sebab maklumat diberi tak tepat.
  2. disebabkan maklumat tak tepat, kitaorang terpaksa pusing jauh menghabiskan minyak dan masa!

Sesampainya kitaorang kat sana, terus habis segala bintang. Zap!! Macam tu je…iya, aku tahu kau pun expect kitaorang gempak kebabom untuk review tempat ko, tapi disebabkan cara kitaorang macam student sengkek dimata kau, kau layan macam nothing je kan?

Mana pergi greeting? Tak ada. 
Sorry?! Pun taka da. Sediakan air apatah lagi, memang dalam mimpi ajelah kot!

Dia cakap pun serupa macam tak nak cakap je…mula-mula tu sabarkan ajelah. Sebab dia suruh tunggu ‘kawan dia untuk interview’. Pffth! Kau yang suruh datang pukul 5, pastu suruh tunggu macam tunggul…memang taklah cerita dia aku nak review bebagus. Lepas setengah jam macam tunggul, siap diorang gelak ketawa dalam bilik tanpa ambil peduli kitaorang yang dah kebosanan kat luar, apa lagi kitaorang pun blah!

Hati ni sebal, berbuku dan bengang giler! Kalau dalam term English untuk dia tu, aku akan refer sebagai ‘shemale’. Terkejut jugakla memula…tapi tak terfikir pulak sampai …..(aku takdelah nak marah sangat, tapi disebabkan dia melibatkan kawan aku yang lain menjadi mangsa, dia macam tak adil kat situ…sedih!)

Silap aku jugaklah. Itulah kadang tak semua peluang kita patut cuba. Ada waktunya menolak itu lebih baik dari merana pada masa kelak…

Dunia akhir zaman.

Geleng kepala ajelah…bagus jugak aku blah…memang agak tak sopan, tapi ada ke patut tinggalkan customer kat luar tanpa seorang pun penjaga ? At leastkan, at least…kau terangkan apa yang patut kitaorang buat dengan detail, ini tidak…nak promote tempat sendiri pun macam main-main. Tak serius!

Pengajaran kat sini adalah, jangan sesekali berurusan dengan orang yang tak pernah serius dan penuh sifat materialistic. Jangan kerna kami bersandal tidak ber-high heel, kau fikir kami tidakkan ‘tinggi’? Tinggi kualiti bukan terletak pada kasut…terima kasih untuk pengalaman ini.  

******

Benarlah kata orang, semakin tinggi bangunan, semakin luruh pekerti, semakin maju bandar, semakin jatuh bahasa…

Semoga dijauhkan dari semua perkara yang menyebabkan kita lupa diri. Tetapkanlah hati kami agar sentiasa lurus atas jalanMu. Amin…

Dan sejak pada hari tu, aku dah tak percaya pada iklan sebegitu…serik!
Thanks for reading my worst emotional entry…

Subscribe
Notify of
guest
16 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
November 6, 2016 09:21

itulah…sabar2 pun mmg xleh sabar der…sebab kalau aku sorg xdelah aku nk menyirap sgt, ini kawan aku terlibat xpepasal…T^T

arrow? of courselah best! skrg tgh season 5 episod 5…season 5 ni pun mencabar mental dan kredibiliti oliver sebabnya dia da involve dgn politik…
-meroyan dowh kalau cite arrow tetiba dah habis…susah aku nak move on nanti…hahahahha.-dahlah xramai yg layan crite tu, aku nak bebel kat sapelah nanti yang betapa aku kagum giler dengan team arrow…-

Bro Ley
November 6, 2016 09:05

Sabar2.. Boleh pulak org tu buat tak layan eh. Tak menghormati tetamu betul la. Kalau tak jadi pun at least layan la baik2.

Btw, cerita arrow best kan? Haha… Skrg dah season berapa? Aku dah lama tak layan ni. Ke dah habis takde season baru..

sofie adie
November 4, 2016 16:52

kan? at least paling kurang pun, tanyalah, ke apa ke…ini tidak sebijik macam tunggol! sedih!

sofie adie
November 4, 2016 16:51

yalah…anang malu sedih kecewa jak rasa hati tok…tapi sedihlah paling banyak…
T___T

Shahida Dzulkafli
November 4, 2016 16:20

Pergh!! Memang kurang ajar..
Atleast layanlah..
Adoi.. akak yg baca yang sakit hati dan menyirap..
Pergh!!!

Eeca Shyaa
November 4, 2016 16:20

terok juak. adakah patut macam ya. mun kmk pun panas hati juak kali. sabar jak lah.

sofie adie
October 30, 2016 13:29

hahaahhaha…kan??? yang membaca pun boleh kena tempias, inikan pulak yang berada disituasi tersebut! bayangkanlah…
nak tak nak terpaksa korban duit jugak..T^T huhuhuuhu
#geramgiler

Kim Chaa
October 30, 2016 13:27

Dah kenapa rasa panas pulak niih >.<"

Kuang hajooo manusia macam niih. Dia buat mcm tuuh dekat orang, lepas niih tuhan balas balik lg teruk dr tuuuh .. dia ingat org pergi situ tak pakai duit ? #geram

sofie adie
October 30, 2016 11:34

kan?? wat habis karan kita je pergi…

ANIS NABILAH
October 30, 2016 11:33

eiii kurang asam punya orang mcm tu

sofie adie
October 30, 2016 10:54

hahahhahahah…yalah nya!
memang sik sampe ati rasa mok blah kedak ya ajak…tapi ya lah…udah sidak layan kita kedak apa jak, alu blah…
pengajaran besar tok…
yalah…serik tashira eh! anang sik mok gik lah..huhuhuhu

sofie adie
October 30, 2016 10:52

takde maknanya dia contact…lepas kitaorg blah tu, macam tu jerlah…

memang sabar ajelah jawabnya…lps2 tu nak pandang kedai dia pun xlalu…T.T

sofie adie
October 30, 2016 10:50

kan? sedih jugaklah memula…
betul tu…Dia bagi hint dulu dekat kita…pilihan itu kita yang buat…
insyaAllah ada rezeki di tempat lain..amin!
^_^

tashira z
October 30, 2016 10:49

perghhhh kmk indah yg rasa manas tok. nasib ktk blah trus kak. kmk pn ada gak nmu org gia. sikpa,tok pngalaman. lain kali sikboh gik coba bnda gia. lupakkan jak smuanya kak 🙂 stay strong.

BudakVanilla
October 30, 2016 10:49

eh macam mana pulak lepas tu? memang dia tak contact lagi?
sabar je la dgn orang yg macam nie. T^T

Shafuhan Smab
October 30, 2016 10:49

hu hu dahla susah nak dpt kerja skrg, at least kita nak cuba pon ada je yang anggap remeh temeh tujuan kita, btw Allah dah tunjuk awal-awal kondisi kerja tu, ada baiknya tidak join kan. Ada rezeki di tempat lain =)

Scroll to Top