Search
Close this search box.
Lilin yang tiada kaitan

Lilin yang tiada kaitan

Salam kabare dan salam maulidur Rasul bagi tahun 1441H. Dah lama rasa biarkan laman ini bersawang. Yeah, namalah laman sesawang, so biarkanlah ia bersawang sewenangnya. Hahahah

Holla gais? Pe cer pa habaq, lama tak dengar cerita. Ke aku yang makin tenggelam dalam lautan Pasifik ni? Hari ni tak dapat nak record podcast lagi, pasai suara tadak. Huhuhu…dah lama dah tak merasa hilang suara macam ni,…ala-ala seksi gitu. Karang bahaya pulak tak dengar langsung. Kalau dah okay esok, kita terus lah merekod ya…InsyaAllah.

Dengan bertemakan lagu dari dak Jonas Brothers, aku mulakan penulisan;

Aku tengah serabut serabai macam ni, mulalah nak merapu meraban. Maklumlah dah hampir suku tahun aku tak menulis ala-ala klasik deep sesat ke lohong tiada berorang. Kadang, aku sendiri rindu nak menulis benda macam tu. Malangnya, ia hanya menjelma saat aku terjatuh….kebahagiaan tika jatuh itu kitakan sentiasa dikelilingi ilham. Dan kebahagian tika gembira itu, kita lupa pada kesedihan….

Yang mana aku pilih?

Untuk kreatif dalam kesedihan atau untuk bahagia dalam ketandusan ilham?

Jujur cakap, aku suka pilih sedih, Sedih mengkayakan jiwa serta ilham. Tapi bahagia? Bahagia buat kita menghayati setiap kehidupan dengan senyuman. Seperti lilin yang wujud ketika black-out. Tapi bila cerah, tiada orang akan pandang dan kisah dengan kewujudan sang lilin.

Hurm….i’m only human….

Consistent is the key. Bermanfaat atau tidak itu terpulang pada jiwa yang menyediakan juadah. Sama seperti kita punya restoran, hari ni jiwa kita rasa seronok, jadi pelbagai juadah kita pinta sang tukang masak sediakan. Tapi, bila jiwa kita suram, jangankan sambal belacan, bidai kedai pun terasa berat mahu dibukakan…

Tapi, tak boleh. Jiwa suka tak suka, sedap tak sedap, janji kita terusan buka kedai. Kita terusan produce lilin walau kita tahu takde orang akan kisah dengan lilin yang terperuk dalam laci dapur tadi.

Lilinkah aku? Lakukah restoran aku kalau hari-hari aku buka dengan misi untuk menjadi restoran paling mashyur di abad-22?

Walau peminat makanan pelik-pelik itu hanya sekerat dua? Lakukah juadah idea lilinnya tadi?

Argh!!!

Serabut!

Aku tak tahu apa tujuan penulisan itu disemadikan disini. Adakah untuk orang baca atau untuk mengingati betapa sesatnya jiwa ini kala dia ketandusan idea….atau….sekadar menghiasai laman sesawang seperti sawang di Gua Kelam.

Tuhan, aku rindu Arau…rindu tahun 2013…rindu nak lepak dekat Academic Height. Rindu nak pakai tudung bulat, rindu nak jalan-jalan keliling Arau dengan basikal….tapi itu semua tinggal memori…tak sangka dah jauh kebelakang….

Hari ini yang ku sangka panjang rupanya sekadar kerdipan mata….

Dahlah, banyak sangat merepek. Kau pun satu, dah tahu rindu, pergi je lah jenguk sana. Arau I’m coming home!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top