Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Allergic raya?

Soal tentang raya, mungkin semua orang bayang saat gembira, meriah, senyum, kesibukan menyediakan juadah, kuih raya, kek dan sebagainya. Tapi bagi aku, raya itu suatu yang memenatkan. Ia suatu yang hitam kelabu, hujan ribut, teriakan, jeritan, marah dan sesuatu yang menyerabutkan. Ianya sudah menular menjadi alahan memakan diri sampai aku terpaksa buat satu entri untuk meluahkan ketidak selesaan aku pada semua perayaan.

Rasa ketidak selesaan ini semakin membuak bilamana aku menginjak ke dunia dewasa yang aku sendiri tak pernah sedia dan suka untuk hadap. Jadi orang besar ni tak best. Serius tak best. (Kata aku pada diri aku 20 tahun yang lalu.) Mungkin masa zaman kecik dulu aku selalu cakap, ‘bila dah besar nanti…’ dan menyebabkan sikit pun aku tak enjoy hidup pada masa itu.

Dan sekarang, bila dunia itu dah berlalu, orang pun sudah berubah drastiknya….rupanya apa yang kau nak masa sekarang adalah lebih kepada mahu menjadi kecik semula. Apa yang takutnya jadi orang dewasa? Satu perkataan…

Tanggungjawab (commitment)

Benda paling berat dalam dunia adalah tanggungjawab. Jadi, bila dah masuk ke fasa akil baligh, automatik bahu kau jadi berat. Beban kau jadi bertambah bukan kerana berat badan, tapi kerana sesuatu yang mata kasar tak terlihatkan.

Mana point entri ni tadi. Oh ya, pasal kenapa aku tak suka raya…maaf kawan taulan dan rakan yang membaca…aku tak suka raya sebabnya:-

  1. tak suka (boleh tak kita cakap tak suka tanpa perlu pada sebab?)
  2. tak de sebab
  3. raya? apa tu raya?

Huh…dulu takdelah allergic macam ni sekali pada raya, tapi bila dah semakin kurang ahli…kau semacam automatik…tak suka. Macam dah sampai satu fasa tu, untuk kau move on dari meraikannya. Mungkin zaman dulu kau terlalu banyak letak ke-eksited-kan pada raya sehingga tenaga untuk raya itu sudah habis. Kau kehabisan mood raya dan tiada ganti bateri raya buat jiwa raya kau mati…

No more ‘baju raya’, ‘duit raya’, ‘kasut raya’…semuanya kau beli sebab nak beli. Kau beri sebab nak beri. Itu saja. Orang lain mahu enjoy raya, silakan…dan aku tak tahu penawar apa untuk aku refill balik bateri mood raya macam tahun 2013 dahulu (mungkin masa tu aku ceritakan raya dalam blog yang dah aku delete). Tahun terakhir aku rasa raya itu raya…

Dan ucapan ‘Selamat Hari Raya’ itu bukan lagi diterima dengan garis senyuman melainkan rasa yang menjengkelkan…I’m sorry, I just can’t take it now. Just play the song Imagine by John Lennon..

Sincerely,

Your deepest dark lost soul in never ending ocean…

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
June 3, 2020 11:58

[…] Raya? Well, sejak dari dulu lagi aku dan raya tak pernah ngam. Asal raya je, aku lebih suka duduk di rumah, makan kuih muih, kek dan juadah raya sambil layan […]

Scroll to Top