Search
Close this search box.
Menghargai nikmat sebuah kemalasan

Menghargai nikmat sebuah kemalasan

Salam sejahtera dan salam syawal yang ke-11.

Amacam raya korang? Meriah ke?

Aku? Raya? Well, sejak dari dulu lagi aku dan raya tak pernah ngam. Asal raya je, aku lebih suka duduk di rumah, makan kuih muih, kek dan juadah raya sambil layan skrin nan empat. Aku lebih prefer pagi raya didedikasikan untuk indoor activities. Dan bila saja tahun ini seolah bersutuju raya hanya disambut sekadar meraikan Syawal seadanya saja, akulah manusia paling gembira tak terkata! Inilah syawal impian seorang sofie!

Thanks to The Universe for this beautiful gesture. I always remember 2020 as the best year to celebrate Raya ever!

So, selepas genap 40 hari melayan nikmat kemalasan dan menghargai dunia tanpa sebarang interaksi social media, aku kembali lagi dengan rapuan yang mungkin takdelah manfaat sangat untuk korang. Sekadar nak panaskan enjin sebelum meneroka galaksi bima sakti.

Dalam masa 40 hari, aku telah berjaya:-

  1. Menghabiskan series ‘Agent Carter
  2. Marathon 6 season ‘Agents of S.H.I.E.L.D‘ sebelum season finale dorang yang baru saja bersiaran hujung Mei lalu
  3. Sambil tu recap balik semua movie MCU yang 24 sebagai selingan
  4. Marathon ‘Young Sheldon’
  5. Mulakan series baru berkisar sejarah Rom dengan ‘Roman Empire’ dan ‘Ertugrul Resurrection’
  6. Memahami prinsip dunia gay dengan sitcom series ‘Will&Grace’
  7. Mengungguli Culinary Tournament dalam ‘Cooking Diary’ sebagai Cosmic Chef
  8. Mendapat anugerah Silver Tubo-Chef dalam Culinary Bulletin competition
  9. Tolong Adam buat kek dalam Sugar Rush
  10. Khatam dua buku Seth Godin dan halfway habiskan satu buku Narcissist

Ni kalau masa sibuk kerja mana sempat nak menghargai nikmat memenangi pelbagai anugerah sebab main game. hahahahaha

Plus, kau pun terhindar dari doktrin-doktrin yang aku pun dah keliru apa yang terjadi dengan dunia hari ini. We are all living in the movies. Jadi, sepanjang tempoh 40 hari aku buat keputusan instead of jadi watak movies atau novel, aku pilih untuk terjun ke dunia series. Berjela-jela episodnya dan way too much exciting than movies.

Selain daripada tu, aku rasa aku just bersihkan otak dan minda dengan living the emptiness. Dan so far so great. Tak perlu sibuk kejar itu ini. Tak perlu nak stress over something yang buat kau rasa macam the-heck-do-I ever-care-about-that.

Walaupun tempoh ni jugak aku rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding sebab kebodohan pelbagai memori yang aku sendiri rasa macam, pebendelah-yang-kau-terlalu-cerdik-sangat-dulu???? Yang akan berakhir dengan statement, “Argh, I just hate myself!” serta “Dahlah, aku malas nak socialize dah lepas ni…malas nak kenal orang dah…”

Pastu kawan lama cakap, ‘Kalau kau berhenti kenal orang baru, macam mana kau nak belajar?”

Angkat bahu.

Mungkin, bila usia kau dah berada di era late 20’s, kau dah tak rasa macam nak serabutkan hidup untuk rapat dengan orang baru. Bagi kau, orang baru cukup sekadar di zone hadapan Hijab Wakanda atau kata lainnya stay as stranger as you were.

Pheww!

Well, dalam majalah sekolah MAIP dulu aku pernah hantar karya pasal MALAS. Kalau korang pelajar MAIP SPM 2012, korang boleh semak majalah tu ada tulisan pasal ‘Bila MALAS berbicara’. Kalau ada rezeki balik Miri, aku bolehlah re-published balik antara tulisan rapuan aku tu dekat sini. Okaylah ada dua karya aku dalam majalah sekolah. Itu pun bagi aku suatu pencapaian yang membanggakan.

Dah-dahlah tu nak kejar materialism ni. Aku pun tak rasa nak jadi komuniti yang dulu aku pernah impi. Bila hidup off-grid lagi mewah, kau dah tak rasa dah pentingnya dunia soc-med. Propaganda Gen-Z semua tu. hahahaha

Rite! Aku pun dah lama sangat tak upload new episode on merapuness dalam Podcast Orang. Till inspiration hit, aku akan upload lah rapuan tu. Oh ye, first thing first, aku perlu polish balik cara bercakap. Rasa macam dah berkurun tak bercakap. Boleh habis vocab aku.

Papehal aku roger balik (kalau nikmat malas dah habis atau aku dapat booster rajin). Since I’m not a fan of kerajiness, aku tak rasa nak brainstorming buat jangka masa ni. Pepandailah universe datang kasi ilham nanti. Pun boleh!

Salam Syawal 1441H! Maaf zahr batin untuk semua!!!!!!!!!

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mayy Jie
June 6, 2020 18:08

Hehe setakat ni tak mengeluh lagi dengan dugaan ni sebab sememangnya home person, lebih bahagia di rumah sendiri bila dah kena kurung macam takde hal lah 😛

Mayy Jie
June 11, 2020 11:06

Hehe setakat ni tak mengeluh lagi dengan dugaan ni sebab sememangnya home person, lebih bahagia di rumah sendiri bila dah kena kurung macam takde hal lah 😛

Sofie Adie
Reply to  Mayy Jie
June 11, 2020 14:28

alhamdulillah. samalah kita jenis home person, pkp ke tak pkp sama je bezanya. huhuhuh

Scroll to Top