Search
Close this search box.
Air dan Tepung

Air dan Tepung

Perihal dua benda yang menjadi asas awal dunia memasak. Boleh jadi ianya adalah bahan utama dalam menghasilkan sesuatu santapan yang menyelerakan.

Ada air, hauskan hilang.

Ada tepung, perutkan berhenti bergendang.

Itu dia cerita air dan tepung di hari Jumaat yang penuh santai.

Ada berita, kita baca seperti air yang mengalir. Ada cerita kita adukkan bersama dengan tepung untuk dijadikan pengalas perut.

Tapi, tak semua cerita serta berita itu layak dikemam hingga keluar dari usus.

Setengahnya kita hanya patut rasa sedikit, dan muntahkan ia semula.

Kerana boleh jadi ia adalah suatu toksik yang bakal memudaratkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Air itu dibancuh sama gula agar berperisa. Ada juga yang ditambah lemon, agar menjadi detox pada kesegaran tubuh.

Masam, manis, masin, pahit, tawar, payau- itu semua rasa yang kita harus telan.

Air digaul sama tepung kan menghasil suatu sebatian yang utuh. Kita punya hak untuk menjadikan adunan itu likat mahupun rapuh.

Terpulang…..

Pada kita, manusia yang punya pancaindera yang lima.

Terpulang….

Kerna kita punya hak untuk bersuara dan memilih hidup yang kita damba.

Manusia boleh hidup tanpa tepung dalam masa 21 hari. Namun tanpa air, manusia kan rapuh dalam masa tiga, empat hari….

Air itu hidup.

Sebuah kehidupan bagi penubuhan tamadun.

Jernihkan air itu sebelum disalur mentah melalui esofagus…

Kerna mencegah lebih baik dari merawat.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top