Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Peluang

Banyak peluang selalu tersasar bila kita mula perasan selepas kehilangannya. Macam mana kita tahu yang kita telah guna setiap peluang itu sebaiknya?

Cerita dia, hidup.

Hiduplah sepenuh hati seolah kau akan mati tak lama lagi. Kau suka orang, cakaplah dekat dia…sebab memang betul, setiap malang itu tak pernah punya bau. Aku suka orang. Ramai sangat! Tapi satu pun aku tak pernah luah secara lisan. Sebab? Aku takut rejection. Tapi sampai bila?

Dan selepas menerima sejuta kata nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman, aku mula terfikir. Yang hidup ni memang simple. Terlalu simple. Dan yang menyukarkan ia adalah kita. Aku sendiri. Haa…baru kau sedar…selama ni kau seorang yang berkepentingan dan tidaklah seperti yang kau harapkan ianya menjadi.

Bersempena Ramadhan mubaraq 1440H ni, aku telah diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Hidup pijak duri ni kadang ada pros and cons yang tersendiri. Berbalik pada apa definisi duri kau tadi.

Mungkin duri itu adalah suatu pengajaran dan boleh jadi ia adalah satu kenikmatan sementara. Wallahua’lam. Rahsia tafsiran itu terpulang pada kita dan hanya Dia yang tahu setiap atom analisa hambaNya.

Ramadhan ni banyak celikkan hati yang buta…buat kita sedar yang hidup bukan sekadar untuk meraih people pleasant. Tapi lebih kepada redha Ilahi. Amboiii…kau kalau ceramah orang nombor satu kan?

Yup! Sebab aku dimasa hadapan barangkali akan belek entri tu untuk dijadi pedoman. Mungkin aku itu perlukan ia lebih dari aku yang sekarang.

Dearest whoever has read this entry and all of other entries…I just want to let you know that…I appreciate all of our memories together. Maybe you don’t realize because I never tell you…but honestly…your name permanently carve in my diaries…and also my heart….most importantly…our name always together in the Doa.

Jadi…setiap orang menghargai peluang bukan sekadar terkesan pada perbuatan. Ia juga boleh melalui lisan, perkataan dan pemerhatian. (Harfiah, feeliah dan syuuriah)

Okays, since aku pun terpaksa update entri melalui fon (and it’s really hard to wrote it), aku akhiri entry dengan salam Ramadhan.

P/s: mungkin aku hargai orang itu dengan tidak menyimpan segala barang dan lebih kepada menulis setiap cerita mengenainya…..

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top