Blog Header

Tepi Jalan

Tepi Jalan

Tadi ikutkan aku dah siap tulis satu entri. Guna apps WordPress. Tapi harey semua lesap. Makanya, aku kena start over balik cerita merapu Tepi Jalan.

Dalam kehidupan ni fasanya banyak. Terlalu banyak. Bukan setakat lahir, bayi, sekolah rendah, menengah, puberty, kolej, diploma, degree, master, phD then mati saja. Panjang lagi fasanya.

Fasa Biawak – Fasa Penyu – Fasa Dandelion – Fasa Pelangi – Fasa Jerangkung – Fasa Zombie…dan lain-lain lagi.

Katalah sekarang aku sedang berada di Fasa Tepi Jalan. Fasa yang kau nak lintas minta dilanggar agar hidup itu dapat dihabiskan disitu terus atau kau bina RnR untuk dimanfaatkan bagi sesiapa yang ingin berehat kala nafas terputus…

Itu fasa hidup seorang aku yang tangannya sudah kebas menaip entri yang sama walau konteksnya sudah berbeza.

Nampak asing bukan bila kau pilih untuk berundur dari bertarung. Seolah kau itu mudah benar putus asa dan kecil sekali jiwa berjuang. Ah, aku bukan si pejuang idaman semua orang.

Kenapa mahu bersusah payah kala diri tiada apa nilai yang boleh ditawarkan?

Fasa Zero kata dia.

Ah, manusia dan kesempurnaan seperti kek salju yang jarang sekali dibuat menjadi oleh si tukang kayu bertangan batu.

Ini entri perjalanan tepian jalan seorang manusia yang tidak mahu punya sebarang interaksi dengan manusia lain. Lebih-lebih lagi pabila dia memilih untuk bebas dari segala segi yang menyekat horizon pergerakannya. Tidak kiralah diarah oleh sang raja berbaju emas atau si katik berkeris pendek.

Yang penting dia tidak terlibat dengan sesuatu yang bisa meragut ketenangan jiwa.

Katalah dia bodoh sekalipun dia tidak kisah. Janji jalan yang dia pilih untuk dirintis itu tiada punya ular atau buaya yang berlidah dua.

Pelikkan.

Setiap kali aku nak up entri sesantai mungkin, ia mesti berpenghujung kiasan yang bila dibaca kemudian hari bisa merungsing akal fikiran.

Apa sebenar yang cuba kau sampaikan?

Entahlah weh…aku penat hirup udara gagal. Hidu nafas sebagai manusia loser….

“Kau hidup itu lambang sebuah kejayaan…”

Sengihan sumbing.

Entahlah…terlalu banyak keluhan sehingga dia lupa nikmat kesyukuran..

Itu saja dibisiknya. Malas bertingkah pada manusia yang tampak lebih jauh berjaya di usia yang jauh lebih muda.

Alih-alih di tepian jalan ini juga dia mengemis kasihan. Sebuah laluan yang jarang dihargai setiap insan.

Nak ubah quadrant hidup dari kiri ke kanan itu tidak semudah yang dicerita. Nak jadi S ke B itu pun tidak indah jalannya. Telah lagi jika mahu terus lompat ke I.

Yang penting ia berubah dan minda kita jua bisa teralih sebelum dipejamkan mata…moga sempat dengan IzinNya.

Dahlah weh, takat ni dulu rapuan tepi jalan seorang aku yang takut pada lintasan seberang. Ada baiknya aku perindahkan laluan ini dari menjengah ke laman orang. Paling kurang, bermanfaat pada jiran…

Terkandas mimpi dijaring labah.

Tersadung kaki tersungkur rebah.

Mahu ditangis gusar dijerlus tanah.

Maka bertarunglah ia dilipatan sejarah…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top