Search
Close this search box.
Itu yang orang nampak…

Itu yang orang nampak…

Tak…ini bukan post berbentuk rant.

Ia sekadar satu tajuk random yang diterbit secara spontan. Tanpa fikir panjang.

Sebelum bercerita, aku garapkan ucapan Alhamdulillah untuk segala kehidupan yang sekarang.

Ia ada seadanya ia…itulah aku. cheyyyy

Kehidupan ini pembahagian banyak. Bagi manusia single macam aku, aku bahagikan kehidupan itu kepada lima.

  1. Untuk Tuhan,
  2. Peribadi,
  3. Impian,
  4. Keluarga,
  5. Kerjaya.

Dari situ pulak kita catitkan perkara kecil untuk kita fokuskan pada hidup yang telah dibahagi kepada lima sisi tadi.

Untuk Tuhan…

Macam mana nak jadi hamba Tuhan yang patuh segala syariat dan kekal menjadi Hamba yang tawadhuk setiap saat. Banyak cara semua orang boleh cerita. Tapi untuk beramal? Tiada satukan berani mendabik dada…

Itu yang orang nampak…

Mereka nampak apa yang mereka mahu nampak. Bukan dari sisi yang kita lalui. Nak cerita? Malaslah….hahaha…bukan masanya lagi.

Secara Peribadi…

Yang ni susah nak bercerita secara terbuka…

Kadang malas nak difikir sebab jujurnya kita lebih selesa rahsiakannya dan pegang cerita itu kemas rapi dialmari hati. Malas untuk fikir. Malas untuk….urgh….

Tapi peribadi itu fitrah yang Tuhan serah tika kita lahir.

Ada catur hidup yang bila tiba masanya, kita WAJIB fikir. Fikir sebelum beralah untuk katakan dunia ini kejam. Ya dunia memang kejam. Tapi kita lagi kejam jika hanya menyalahkan dunia diatas keputusan yang kita buat tanpa sebarang tindakan.

Kita kena keluar. Faham, hadam segala senario dunia. Sakit? Ya.

Perit? Ya…

Itulah dunia…

Impian…

Impian itu cabangnya banyak.

Kadang berunsur peribadi. Kadang berbentuk legasi.

Terpulang. Kita berhak mengimpikan apa yang kita mahu.

Percuma!

Rugilah siapa yang tidak pernah punya impian…

Jadi, selagi quantum hidup masih lebih dari tiga, beranganlah untuk mencapai impian. Dan kejarlah ia sebelum kita ditanam…

Sisi Keluarga…

Dulu aku jahil.

Jarang hargai keluarga yang hadir. Sebab selalu sangat jadi serigala dan helang di musim salji. Jadinya ia dingin, beku dan langsung tiada punya hati.

Cuma, sejak peristiwa itu ini berlaku, sedikit sebanyak aku faham kenapa keluarga itu perlu.

Kita, bukan tidak hargai keluarga…cuma persepsi kita belum bersedia untuk terima baik dan buruknya ahli yang kita ada. Terima…belajar menerima, yang keluarga itu adalah manusia…bukan malaikat. Nescaya kita tahu, silap kita adalah tidak membuka minda untuk menerima nasihat dari orang tua…

Kerjaya…

Hurm…soal kerjaya itu berkait dengan semua kehidupan. Kadang ia perlu, kadang ia tidak. Tapi ialah penerus kelangsugan hidup.

Pentingya punya kerjaya buat semua orang memandang tinggi pada mereka. Punya kehidupan yang orang nampak indahnya….

Itu yang orang nampak….

Apa yang tidak nampak, kita tidak cerita…

Sakitnya, perihnya bangkit untuk memastikan setiap sisi yang lima itu kekal berdiri menjadi tulang pada motivasi kendiri.

Rapun? Ya, ia pernah lumpuh….

Tapi ia tetap bangkit sehingga kelima hidup yang dia bahagi itu temui titik pengakhiran yang dia impi…selari dengan caturan Ilahi….

Dia tidak sekadar mendongak menadah tangan agar impinya dijadi realiti. Dia, bekerja untuk segalanya…

Peluang hadir bila kita bersedia menerima baik dan kurang.

Itu yang orang tak nampak…

Moga ketidak nampakkan apa yang dilakukan itu kan terbalas bila tiba waktunya…insyaAllah amin…

Salam Perjuangan teman dan taulan!

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienienka
June 22, 2021 02:10

Yang orang nampak tak semestinya sama dengan apa yang kita rasa ..
.

Keep moving and you will find your path. 🙂

Scroll to Top