Blog Header

Rindu jalan-jalan bercuti di hotel

Salam kabare buat semua warga Malaysia yang masih bertabah dalam mengharungi kehidupan PKP yang tak sudah. Macam mana keadaan korang sepanjang fasa 3.0 ni? Ada okay ka?

Aku?

Macam tu jelah. Nak kata gembira dengan PKP tidaklah, nak kata sedih pun tidak juga. Demi kebaikan bersama, korbanlah sedikit masa keluar dan huha dengan rakan taulan.

Walau aku bangga pegang title seorang Introvert, lama-lama tak keluar rentas daerah atau negeri ni, boleh tahan sakit jiwa jugaklah. Gila tak sakit? Kawan kebanyakan bukan duduk satu daerah. Semua daerah yang berbeza.

Ada yang kat KL, kat Nilai, Pahang, Langkawi..tipunya satu Malaysia kawan yang aku ada, semua tinggal kenangan gambar. Serius dowh….dulu paling tak, bolehlah keluar sebulan sekali lepak makan, short vacay dan sebagainya…

La ni, semua hanya merancang.

Macam hari tu, ada sorang member aku, tiba-tiba mimpi ajak nak ke Arau lepas tu lepak Langkawi kalau PKP dah habis. Semua macam…’bila tu nak habis?’ dan berakhir dengan krik-krik…

Penat jiwa weh bila dah lama tak tengok alam semulajadi, kehijauan dan paling sadis sekali, makan luar…rindunya nak makan di restoran, café, lepak dataran…

Memandangkan buat masa sekarang aku bermastautin di Shah Alam, lepas je habis PKP memang tempat paling dekat sekali nak singgah adalah Kuala Lumpur bebeh!

Ajaklah member yang berada disekitar Selangor dan Negeri Sembilan lepak sana dua hari tiga malam dekat mana-mana hotel yang ada di Staycation KL.

 

Dapat tengok hutan batu dulu pun jadilah. Dah lama tak jenguk Pasar Seni, pusing Kinokuniya ni.
Nasib tahun lepas kempunan nak cuci mata tengok Dataran Merdeka tertunai. Kalau tak, aku tak dapat bayanglah tiga kali PKP tak kemana-mana….

Yang bersyukurnya, dalam tempoh ekonomi yang tidak berapa stabil ni, Alhamdulillah satu geng aku masih punya pekerjaan. Samada kontrak atau kerja sendiri, ia masih juga kerjaya yang menghasilkan pendapatan. Tak banyak sikit pun kira syukur giler.
Bukan senang nak survive di zaman-zamann begini

Yang sorang member aku tu ha, sepanjang PKP banyak giler projek dia buat. Setakat hari ni dah siap dua projek DIY deco rumah. Tu lagilah berangan nak ke Penang sebab enam tahun lepas kitaorang janji akan repeat vacay ke sana. Sepatutnya tahun lepaslah. Tapi, tahun lepas semua masih takut-takut nak merentas tempat jauh.

Tak mau naik public transport pulak tu. Nak road trip…memang idakle semua berani…

Katanya kali ni, memandangkan semua dah kerja, bolehlah tong-tong tidur dekat Hard Rock Hotel Penang pulak. Maklum zaman study dulu, pi Penang dok hotel mur-mur saja. Kali ni semua dah pegang duit, sekali-sekala laburkanlah pada liburan…gituu…

 

Ah, kalau dapat stay sana seminggu pun aku tak kisah dowh…Rindu gila dengan angin Utara…lagi-lagi Langkawi.

Sebut pasal Langkawi, masa kawan aku yang dok Langkawi kahwin kitaorang sedih gila tak dapat join. Dah la dia orang yang pertama kahwin dalam kalangan kitaorang berenam ni. Paling senyap, paling awal kahwin…begitulah teori zaman belajar, memang praktikal habis.

Masa dia bujang dia ada cadang, kalau semua dah kerja, kita bercutilah dekat The Datai Langkawi. Katanya situ lawa. Instagramable gitulah. Urgh…lamanya tak tengok pantai…

 

Mula-mula kena pi Arau lu. Throwback barang satu dua kenangan dekat sana, makan tom yam dekat kedai wajib singgah, pergi jenguk balik kawasan survey LP dulu-dulu…UiTM Arau pun dah maju sekarang….

Siap pusing Perlis, baru lepak The Datai Langkawi. Situ kenalah lama-lama sikit hahahaha. Harapnya tak penuhlah tempat tu bila habis PKP.

Yelah tu, sekali habis dah semua orang booked.

Haih….macam nilah otak…bila dah lama sangat PKP, macam-macam tempat berangan nak pergi. Duit pun habis dah buat beli barang online…mana nak melancong gini…

Duit simpanan melancong pun dah makin susut pergi lunaskan sara hidup dulu..bil itu ini itu ini…alih-alih ciput je simpanan melancong…janganlah begitu…gua dah lama nak melancong acah orang ada-ada….bukan selalu pun kan…setahun sekali, sebulan terus kita cuti.

Lepas pada tu, kaw-kaw gali balik duit. Kerja untuk melancong…at least ada jugak point kerja kaw-kaw…

Besarlah harapan aku sebagai rakyat Malaysia yang merindui bau alam semulajadi agar pandemik ni berakhir…takde lagi masalah vaksin bagai, mask pun tak yah risau…aku just nak lepak dengan keluarga dan rakan di tempat yang memukau pandang….

Papehal, stay safe semua. Berangan selagi boleh, tak rugi pun berangan dan merancang…ia percuma…hahaha rugilah mereka yang tidak berangan eh eh…

Lepas berangan kita kumpullah slow-slow untuk jayakan ia sebagai satu kenyataan. Sehari 5 hinggit pun jadilah.

Tu jelah cerita aku hari ni. Leklok semua jaga kesihatan, Jangan cuai dan selesa sangat dengan kondisi sekarang. Kesian para frontliner bertarung, kita buatlah apa yang patut supaya pertarungan ini dapat dihentikan.

Stay safe amigos!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top